Ringgit dibuka pada RM4.78 berbanding dolar

October 24, 2023 · Isu semasa

Ringgit dibuka lebih tinggi sedikit berbanding dolar AS pagi ini, melantun semula selepas terjejas disebabkan oleh sentimen penghindaran risiko berikutan ketegangan geopolitik di Timur Tengah.

Pada 9 pagi, ringgit menambah nilai kepada 4.7840/7890 berbanding dolar AS daripada 4.7900/7975 pada penutup Isnin, lapor Bernama.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dari sudut teknikal, mata wang domestik menyaksikan permintaan sederhana selepas berada dalam kedudukan yang sangat terlebih jual .

“Ringgit kini berlegar pada paras terendah 25 tahun selepas susut kepada 4.7900/7975 semalam, sekali gus membuka lebih banyak peluang dagangan,” katanya kepada Bernama.

Selain itu, harga minyak yang lebih tinggi turut mempengaruhi prestasi positif ringgit berbanding dolar AS hari ini.

Pada awal dagangan, ringgit bagaimanapun susut berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan menyusut berbanding euro kepada 5.1055/1108 daripada 5.0736/0815 pada penutup pada Isnin, lemah berbanding pound Britain menjadi 5.8628/8689 daripada 5.8179/8270 dan rendah berbanding yen Jepun kepada 3.1959/1995 daripada 3.1935/1985 sebelumnya.

Sementara itu, mata wang tempatan didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang Asia yang lain.

Nilai ringgit mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 300.2/300.6 daripada 300.5/301.2 pada penutup Isnin dan meningkat berbanding peso Filipina untuk mencatatkan paras 8.42/8.45 daripada 8.43/8.44 sebelum ini.

Sebaliknya, ia susut berbanding baht Thailand kepada 13.2005/2183 daripada 13.1104/1359 semalam dan lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.5007/5046 daripada 3.4731/4767.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024· Isu semasa
Popular
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024
20 kawasan di Semenanjung dalam amaran gelombang haba Tahap 1
April 16, 2023
Satu dos vaksin kepada warga pendidik sebelum 1 September
July 28, 2021
‘Mafia wanita’ bawa parang terlibat bunuh lelaki di Bukit Mertajam
May 15, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024 · Isu semasa
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024 · Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok