Ringgit menyusut lagi kepada RM4.74 berbanding dolar

October 18, 2023 · Isu semasa

Ringgit memulakan dagangan pagi ini rendah berbanding dolar AS apabila data ekonomi AS terkini yang lebih baik mungkin boleh mendorong lonjakan dalam hasil bon AS, kata penganalisis.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai pada 4.7425/7475 berbanding dolar AS daripada penutupan Selasa pada 4.7345/7375, labor Bernama.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata jualan runcit AS yang lebih baik daripada jangkaan meningkat 0.7 peratus bulan ke bulan pada September berbanding anggaran 0.3 peratus.

Pengeluaran perindustrian AS turut menunjukkan pertumbuhan yang sihat dengan kadar penggunaan kapasiti dalam sektor pembuatan mengukuh kepada 79.7 peratus pada September daripada 79.5 peratus sebelumnya.

“Justeru, pergerakan gandingan ringgit-dolar AS dijangka berada dalam julat RM4.73 hari ini dengan tumpuan terarah kepada konflik di Timur Tengah,” kata Mohd Afzanizam kepada Bernama.

Ringgit juga diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia menyusut nilai berbanding pound Britain kepada 5.7678/7739 daripada 5.7595/7632, lemah berbanding euro kepada 5.0100/0153 daripada 4.9973/5.0004 dan rendah berbanding yen kepada 3.1663/1699 daripada 3.1629/1651 penutupan semalam.

Berbanding mata wang Asean yang lain, ringgit turut diniagakan rendah pada sesi pembukaan.

Ringgit susut berbanding baht Thai kepada 13.0235/0426 daripada 13.0180/0319 dan rendah berbanding rupiah Indonesian pada 301.7/302.2 daripada 301.2/301.5 semalam.

Nilai ringgit turut merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.4632/4671 daripada 3.4566/4590 dan rendah sedikit berbanding peso Filipina pada 8.36/8.38 berbanding 8.34/8.35 semalam.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Laman web Imigresen kena godam
April 4, 2023
Apakah ini ‘la maja desnuda’ Malaysia?
April 20, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024 · Isu semasa
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024 · Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok