Menjelang pembentangan Bajet 2024, Bursa kekal rendah pada tengahari

October 13, 2023 · Isu semasa

Bursa Malaysia kekal rendah tengah hari ini, seiring dengan prestasi pasaran serantau berikutan data Indeks Harga Pengguna (IHP) Amerika Syarikat (AS) yang lebih tinggi daripada jangkaan menimbulkan kebimbangan bahawa kadar faedah mungkin dinaikkan oleh Rizab Persekutuan AS.

Pada rehat tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 1.03 mata kepada 1,442.79 berbanding 1,443.82 semasa ditutup pada Khamis, lapor Bernama.

Indeks itu dibuka rendah 0.45 mata kepada 1,443.37 pagi ini sebelum bergerak antara 1,440.49 dan 1,444.57 sepanjang sesi.
Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 415 berbanding 331, manakala 428 kaunter tidak berubah, 1,180 tidak diniagakan dan 25 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 1.66 bilion unit bernilai RM888.78 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata pelabur mungkin menentukan harga dalam kecenderungan menaikkan kadar faedah oleh Fed As dan dasar monetari yang lebih ketat pada masa akan datang.

“Walaupun tekanan jualan telah dialami dalam tempoh semalaman di Wall Street, kami percaya minat belian mungkin berterusan.

“Kami percaya pasaran akan terus bergantung kepada momentum semasa dalam sektor pembinaan, hartanah dan bahan bangunan, dengan menjangka lebih banyak projek infrastruktur akan dilaksanakan.

Selain itu, firma pembrokeran itu turut memilih sektor tenaga boleh baharu dan utiliti berikutan sebahagian daripada dasar itu mungkin memihak kepada Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 dalam Belanjawan 2024.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Petronas Chemicals meningkat lapan sen kepada RM7.35, manakala Maybank dan CIMB masing-masing menyusut satu sen kepada RM8.98 dan RM5.65, Public Bank menyusut tiga sen kepada RM4.15 dan Tenaga Nasional tidak berubah pada RM10.00.

Bagi saham aktif, UEM Sunrise naik 1.5 sen kepada 86 sen dan Widad meningkat setengah sen kepada 55 sen, manakala Sapura Energy, Sarawak Consolidated dan UCREST masing-masing tidak berubah pada lima sen, 51.5 sen dan 18 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 2.39 mata kepada 10,693.92, Indeks FBMT 100 berkurangan 2.30 mata kepada 10,355.23 dan Indeks FBM ACE rendah 21.63 mata kepada 5,156.14, manakala Indeks FBM 70 meningkat 19.04 mata kepada 14,245.92 dan Indeks
FBM Emas Syariah meningkat 9.66 mata kepada 10,930.43.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan meningkat 10.32 mata kepada 6,857.09 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.61 mata kepada 174.65, manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan menyusut 33.84 mata kepada 16,244.68, Indeks Produk dan Perkhidmatan Pengguna susut 0.19 mata kepada 553.74 dan Indeks Tenaga rendah 0.18 mata kepada 875.27.

Berita berkaitan
Sesi dagangan Bursa berakhir rendah pada tengah hari
December 13, 2023· Isu semasa
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
December 7, 2023· Isu semasa
Bursa dibuka rendah menjelang keputusan mesyuarat rizab AS
November 1, 2023· Isu semasa
Pasaran saham ditutup rendah, prestasi pasaran bercampur-campur
October 30, 2023· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Apandi rayu kes mahkamah tolak saman fitnah terhadap Kit Siang
May 30, 2022
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Apakah ini ‘la maja desnuda’ Malaysia?
April 20, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024 · Isu semasa
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024 · Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok