Tiga individu ditahan termasuk anggota penguat kuasa SPRM minta rasuah

October 12, 2023 · Isu semasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu termasuk dua anggota penguat kuasa kerana disyaki meminta rasuah kira-kira RM1,500.

Menurut sumber, perbuatan itu sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang pemandu kenderaan yang menggunakan dan memiliki lesen perdagangan kenderaan motor (plate trade), lapor Bernama.

Katanya ketiga-tiga lelaki berusia antara 36 hingga 37 tahun itu dipercayai ditahan semalam di pejabat SPRM Kuala Lumpur antara 5 petang hingga 7 malam.

“Dua anggota penguat kuasa tersebut yang menaiki motosikal dipercayai telah menahan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipandu menggunakan nombor perdagangan kenderaan motor (trade plate) syarikat kira-kira 9.30 pagi semalam.

“Anggota penguat kuasa tersebut kemudian memberitahu kepada pemandu kenderaan itu bahawa nombor ‘trade plate’ yang digunakan adalah palsu. Seorang daripada anggota terbabit meminta wang kira-kira RM1,500 sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap pemandu kenderaan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut sumber, kesemua mereka termasuk seorang lelaki yang bertindak sebagai ‘runner’ telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini untuk permohonan reman dan Majistret Illi Marisqa Khalizan membenarkan permohonan reman selama enam hari bermula hari hingga 17 Okt.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur Datuk Mohamad Fauzi Husin ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Berita berkaitan
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024· Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Popular
Elak risiko Demam Denggi Berdarah
August 25, 2021
‘Mafia wanita’ bawa parang terlibat bunuh lelaki di Bukit Mertajam
May 15, 2022
7 jenis makanan untuk tingkatkan imunisasi badan
September 25, 2021
Pahang tangguh buka semula Tioman, Genting Highlands
September 28, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024 · Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok