Stok beras mencukupi untuk lima bulan tampung keperluan: Mat Sabu

October 10, 2023 · Isu semasa

Jumlah stok beras bagi menampung keperluan dalam negara ketika ini adalah mencukupi bagi tempoh empat hingga lima bulan, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau berkata ia berdasarkan stok bekalan beras yang direkodkan sehingga 3 Okt lepas iaitu sebanyak 820,482 tan metrik merangkumi 250,000 tan metrik stok penimbal kerajaan dan 570,482 tan metrik stok dagangan, lapor Bernama.

Menurutnya, sehingga 7 Okt lepas sebanyak 708,978 kampit beras putih tempatan (BPT) 10 kilogram (kg) telah diedarkan di seluruh Semenanjung melalui rantaian peruncit seperti pasar raya, rantaian premis serta outlet Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).

Ia meliputi pasar raya sebanyak 423,816 kampit (60 peratus), FAMA 109,829 kampit (16 peratus), LPP iaitu 60,240 kampit (9 peratus) dan sebanyak 103 pemborong edaran runcit iaitu 115,093 kampit (16.2 peratus).

“Ini menggambarkan FAMA dan LPP hanya diberi peranan dalam tempoh intervensi manakala pasar raya dan pemborong, peruncit terus diberi peranan utama memasarkan BPT di pasaran.

“Program ini dilaksanakan bagi tempoh setahun bagi memastikan bekalan BPT stabil, cukup dan terjamin,” katanya pada sesi penerangan menteri mengenai isu BPT di Dewan Rakyat semalam.

Sementara itu, Mohamad berkata kenaikan harga beras putih import (BPI) di pasaran dunia secara mendadak berlaku disebabkan larangan eksport oleh India mulai Julai 2023 yang merupakan penyumbang lebih 40 peratus daripada eksport beras dunia pada tahun lepas.

Katanya, sehingga kini sebanyak 19 negara telah membataskan eksport ke luar negara untuk memberi keutamaan kepada rakyat sendiri menyebabkan masalah kenaikan harga bahan komoditi ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, tetapi juga negara serantau.

“Ketika ini harga pasaran beras antarabangsa juga melonjak berikutan pandemik COVID-19, krisis Rusia-Ukraine dan kesan fenomena cuaca El Nino ke atas tahap pengeluaran padi global.

“Harga beras putih global mencatatkan peningkatan sebanyak 63 peratus dalam tempoh setahun, iaitu daripada US$400 per tan metrik pada Ogos 2022 kepada US$650 per tan metrik pada Ogos 2023. Trend kenaikan ini dijangka akan berterusan sehingga penghujung 2023,” katanya.

Berikutan itu katanya, Padiberas Nasional Bhd (BERNAS) mengumumkan pelarasan harga jualan BPI di pintu gudang BERNAS di seluruh negara daripada RM2,350 per tan metrik kepada RM3,200 per tan metrik berkuat kuasa 1 Sept lepas, sejajar dengan harga terkini BPI di pasaran antarabangsa.

Beliau berkata sekiranya kenaikan harga BPI berterusan tanpa pelarasan harga jualan dilaksanakan, BERNAS akan mengalami kerugian pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2023.

Selain itu, Mohamad berkata BERNAS juga dijangka akan hilang kemampuan untuk berkongsi 30 peratus keuntungan bersih pengimportan dengan pesawah sehingga membawa implikasi negatif kepada kerajaan.

Bagaimanapun, beliau berkata harga jualan BPI akan diselaraskan oleh BERNAS dari semasa ke semasa tertakluk kepada harga pasaran beras global (harga freight on board – FOB) dan kadar nilai tukaran mata wang.

Selain itu, beliau turut memaklumkan agenda keterjaminan makanan negara terus menjadi keutamaan dalam Belanjawan 2024 akan datang.

Katanya, usaha itu adalah bagi memastikan pembangunan sistem makanan yang cekap dan berdaya tahan serta berpotensi meningkatkan pendapatan pengeluar makanan di sepanjang rantaian makanan.

Berita berkaitan
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Mat Sabu kata bekalan bawang negara mencukupi
December 9, 2023· Isu semasa
Popular
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024
Ziarah gereja: Rakyat miskin akan diupah cetus kekacauan, kata Anwar
March 17, 2023
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024
Empat negeri miskin tegar, 4 negeri ‘orang kaya’
December 1, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
10 jam lalu · Isu semasa
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
10 jam lalu · Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok