Ahli perniagaan didakwa tipu pelaburan mata wang kripto RM2.45 juta

October 5, 2023 · Isu semasa

Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang individu melibatkan pelaburan mata wang kripto berjumlah RM2.45 juta yang tidak wujud, tahun lepas.

Johnathan Wong Futt Po, 39, didakwa menipu Adrian Sim Kwang Kai (he) untuk membuat pelaburan dalam syarikat Ris Firearm Sdn Bhd dan Colindale International (MM2H) Sdn Bhd sehingga mendorong Sim membuat bayaran berjumlah RM2.45 juta yang dimasukkan ke dalam akaun dompet mata wang kripto milik tertuduh, lapor Bernama.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Menara Prestige, Jalan Pinang di sini antara 23 Mei dan 3 Ogos 2022. Pertuduhan mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Akmalzatul Mohd Nawi menawarkan jaminan RM200,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri ke balai polis sebulan sekali dan pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Peguam Devanandan S. Subramaniam yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya menanggung isteri dan lima anak berumur antara enam bulan dan 19 tahun.

Hakim Mohd Kafli Che Ali membenarkan tertuduh diikat jamin RM100,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Nov depan untuk sebutan semula kes.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024
Senja pilu di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam
July 17, 2021
PM umum 11 jenis perniagaan dibenar beroperasi pada Jumaat
September 15, 2021
Bekas isteri ahli perniagaan jual makanan tanggung tiga anak
February 2, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024 · Isu semasa
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024 · Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok