Hakim tarik diri dengar rayuan kes Najib saman Tommy Thomas

October 4, 2023 · Isu semasa

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Azizah Nawawi menarik diri daripada mendengar rayuan Datuk Seri Najib Razak untuk mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas atas dakwaan salah guna jawatan awam.

Azizah yang mempengerusikan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan berkata beliau berhasrat untuk menarik diri daripada mendengar rayuan itu atas alasan suaminya pernah berkhidmat di bawah Thomas dan kerana kes berkenaan melibatkan kepentingan awam.

Pada permulaan prosiding hari ini, beliau memberitahu pihak-pihak terlibat dalam rayuan itu bahawa suaminya Datuk Nik Suhaimi Nik Sulaiman adalah Ketua Bahagian Rayuan dan Perbicaraan di Jabatan Peguam Negara semasa Thomas menjadi Peguam Negara.

Beliau kemudian bertanya sama ada mereka membantah beliau mengetuai panel rayuan Najib itu.

Peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin yang mewakili Najib, selepas berunding dengan anak guamnya, memberitahu mahkamah bahawa bekas perdana menteri itu meminta Azizah menarik diri daripada mendengar rayuannya.

Firoz berkata arahan daripada anak guamnya adalah supaya membantah Azizah daripada mendengar rayuan itu memandangkan Thomas yang menjadi subjek utama dalam prosiding berkenaan.

Peguam Alan Adrian Gomez yang mewakili Thomas berkata mereka tidak membantah Hakim Azizah mendengar rayuan itu.

Beliau berkata beliau tidak mendengar sebarang alasan yang menunjukkan terdapat bahaya berat sebelah jika hakim itu mendengar rayuan tersebut.

Azizah kemudiannya memutuskan untuk menarik diri dan mengarahkan pengurusan kes untuk menetapkan tarikh pendengaran rayuan.

Panel hakim lain ialah Datuk See Mee Chun dan Datuk Lim Chong Fong, sepatutnya mendengar rayuan Najib hari ini untuk mengembalikan semula samannya terhadap Thomas. Samannya dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi pada 25 Nov tahun lepas.

Dalam samannya, Najib mendakwa beliau telah dituduh melakukan rasuah dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), International Petroleum Investment Company (IPIC), salah guna kuasa di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan pengubahan wang haram di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

Thomas adalah Peguam Negara dari 4 Jun 2018, hingga 28 Feb 2020.

Dalam saman yang difailkan pada 22 Okt 2021, Najib berkata pertuduhan terhadapnya adalah sebahagian daripada langkah yang telah dirancang lebih awal oleh Thomas dan ia juga selaras dengan rancangan kerajaan Pakatan Harapan ketika itu.

Beliau memohon pengisytiharan bahawa Thomas telah melakukan penyelewengan dalam jawatan awam serta menuntut ganti rugi sebanyak RM1.9 juta, termasuk yuran rundingan untuk pasukan audit menyemak dokumentasi bagi penyediaan fakta bagi menangani pendakwaan terhadapnya.

Berita berkaitan
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024· Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Popular
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024
‘Saya tak nikah Rina Harun’
October 18, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Empat negeri miskin tegar, 4 negeri ‘orang kaya’
December 1, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024 · Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok