Wartawan tanya lain tapi PMX jawab benda lain, melilau bagi jawapan

October 4, 2023 · Politik

Kegagalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menjawab soalan mudah semasa satu sesi dialog anjuran oleh sebuah badan berpengaruh Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini disindir Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Terdahulu, pengguna media sosial mengkritik Anwar selepas tular video klip wawancara yang dianjurkan Ahli Majlis Hubungan Luar Negeri (CFR), sebuah badan pemikir yang khusus dalam dasar luar AS dan hubungan antarabangsa semasa Perhimpunan Agung PBB baru-baru ini di New York.

“Sebagai perdana menteri patut dia boleh jawab itu dengan petik jari sahaja. Tapi tuan-tuan tahu tak, dah keluar pun video.

“Mula-mula saya semak betul atau tidak, takut diedit (sunting). Rupanya tak diedit. Dia petik empat minit lebih kurang jawapan Anwar Ibrahim tentang soal satu saja. Dia melilau seluruh dunia tuan-tuan, dia cerita yang tak ada berkaitan dengan soalan tadi.

“Dia cerita hubungan dia dengan dia dengan Mandela, dia cerita anak dia, cerita Titanic. Entah apa benda cerita tak tahu.

“Saya pergi mat salleh yang hadir itu bukan seorang, ramai. Tokoh-tokoh korporat di Amerika, tokoh-tokoh besar, pemimpin-pemimpin negara yang ada kat situ. Dijawab di hadapan satu majlis persidangan yang besar. Macam mana Perdana Menteri jawab macam itu?” soal Pengerusi Perikatan Nasional itu semasa ceramah di FELDA Chemomoi malam tadi.

Menurut Muhyiddin, semasa wawancara itu moderator bertanya kepada Anwar berhubung langkah-langkah yang akan diambil kerajaan campuran untuk menangani kehidupan rakyat yang terjejas selepas pandemik Covid-19.

“Saya malu mempunyai perdana menteri, nama dia Anwar Ibrahim yang tak boleh jawab soalan budak tingkatan enam,” katanya.

Semasa berucap dan menjawab soalan daripada para hadirin kemudiannya, Anwar juga beberapa kali memberikan pujian kepada pengerusi CFR Robert E Rubin, yang juga bekas setiausaha Perbendaharaan, menyebut nama beliau sekurang-kurangnya enam kali.

Pada satu ketika, Anwar berkata beliau berasa “agak gementar dan segan” dengan kehadiran Rubin di majlis itu.

“Anda tahu, Bob (Rubin). Saya amat mengagumi, maksud saya, apa yang anda telah lakukan, dasar dan persahabatan. Jadi maafkan saya, terlalu kerap melihat… (ketawa).”

Menjawab satu soalan, Anwar menghabiskan hampir lima minit bercakap tentang pemenjaraannya serta perbualan yang didakwanya pernah dilakukan dengan mendiang pejuang kebebasan Afrika Selatan, Nelson Mandela.

Ini mendorong moderator Mariko Silver, bekas timbalan penolong setiausaha dasar antarabangsa di bawah pentadbiran Barack Obama mengingatkan Anwar bahawa beliau tidak menjawab soalannya.

Berita berkaitan
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024· Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Zahid tipu Agong, kumpulan akar umbi UMNO buat laporan polis petang ini
November 23, 2022
Pemuda MCA sokong tindakan Menteri Pelancongan di KLIA, kritik Akmal
July 2, 2023
Kalau kita pecat dia untung kerana dapat jadi MP bebas, kata Razali
November 11, 2023
Lagi Politik terkini
Bawa kad pengenalan, SPR ingatkan pengundi di PRK KKB
May 10, 2024 · Politik
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok