PAS tak fail rayuan keputusan Parlimen Kemaman, sedia hadapi PRK

October 3, 2023 · Isu semasa

Keputusan dibuat PAS untuk tidak membuat sebarang rayuan berhubung keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kuala Terengganu pada 26 September 2023 yang membatalkan kemenangan wakilnya, Che Alias Hamid.

Dalam satu kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata langkah tersebut ekoran keputusan pengurusan kes yang berlangsung hari ini yang diadakan secara zoom di hadapan Hakim Anselm Charles Fernandis.

Berikut kenyataan penuh.

PAS memutuskan tidak akan memfailkan sebarang rayuan terhadap keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kuala Terengganu pada 26 September 2023 yang telah membenarkan Petisyen Barisan Nasional terhadap Ahli Parlimen Kemaman Che Alias Hamid, sekali gus membatalkan kemenangan yang dicapai oleh PAS dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 pada 19 November 2022 yang lalu.

Keputusan ini diambil setelah Hakim Anselm Charles Fernandis mengesahkan dalam sesi Pengurusan Kes (Case Management) melalui Sidang Video (zoom) pada hari ini (3 Oktober 2023) bahawa keputusan Yang Arif Hakim dalam kes Petisyen Kemaman adalah sama seperti mana keputusan dalam kes Petisyen Kuala Terengganu, iaitu antaranya: “Keputusan saya bagi kes petisyen pilihan raya ini adalah terdapatnya unsur-unsur rasuah bagi bahagian pilihan raya Parlimen ini. Namun begitu saya tidak menamakan mana-mana pihak”.

Sehubungan dengan itu PAS menunggu dan bersiap sedia untuk mengambil langkah selanjutnya berdasarkan ketetapan yang akan dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berikutan daripada keputusan tersebut.

Untuk rekod, Che Alias memenangi kerusi Parlimen Kemaman pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu dengan majoriti 27,179 undi apabila memperolehi 65,714 undi.

Tiga calon lagi ialah Datuk Seri Ahmad Said (UMNO) yang mendapat 38,535 undi, Hasuni Sudin (Pakatan Harapan – 8,340) dan Rosli Ab Ghani (Pejuang – 506)

Berita berkaitan
Bawa kad pengenalan, SPR ingatkan pengundi di PRK KKB
May 10, 2024· Politik
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024· Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
Popular
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Dilema ibu bapa kini, berhenti kerja atau hantar pengasuh?
October 3, 2021
Bekas isteri ahli perniagaan jual makanan tanggung tiga anak
February 2, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok