Fadhli dipanggil beri keterangan berhubung himpunan anti-Zahid

September 26, 2023 · Politik

Polis memanggil Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) Ahmad Fadhli Shaari berhubung himpunan Selamatkan Malaysia pada 16 September lalu.

Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata hadir ke Balai Polis Dang Wangi jam 11 pagi tadi selepas terdapat laporan terhadapnya berhubung penganjuran himpunan membantah keputusan kerajaan campuran menghentikan kes rasuah Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ujarnya, ia merupakan kali ketiga beliau dipanggil untuk memberi keterangan dalam tempoh sebulan.

“Saya akan hadir ke Balai Polis Dang Wangi jam 11 pagi ini untuk memberikan keterangan selepas dipanggil oleh pihak polis berhubung isu Himpunan Selamatkan Malaysia.

“Alhamdulillah pihak polis sangat profesional dalam menjalankan tugas, namun kerana ada laporan, siasatan perlu dibuat,” katanya di Facebook.

Tambahnya, pihaknya akan sentiasa memberi kerjasama untuk membantu siasatan.

“Kita bagi kerjasama dan pihak ‘sana’ teruskanlah buat laporan dan tekanan. Mana tahu tiba-tiba jadi pembangkang semula, tiada peluang pula nak bagi tekanan,” katanya.

Isnin lalu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner, Noor Dellhan Yahaya mengesahkan pihaknya telah merakam keterangan 11 individu yang dikenal pasti terlibat dalam himpunan berkenaan.

Antara yang hadir memberi keterangan termasuk Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz; Ketua Srikandi Muda Bersatu Malaysia, Nurul Fadzilah Kamaluddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan, Afif Bahardin.

Himpunan Selamatkan Malaysia berlangsung pada 16 September lalu dengan peserta berkumpul di sekitar Masjid Jamek Kampung Baru dan bergerak beramai-ramai ke Sogo, sebelum diakhiri dengan laporan polis oleh sekretariat.

Berita berkaitan
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024· Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Isu sokong Anwar tak dijawab, Najib bidas pula pemimpin UMNO obses PRU
May 10, 2021
UMNO Sabah mula minta senarai calon PRU-15
August 10, 2022
Armada Bersatu lapor polis maklumat siasatan bocor melibatkan Menteri UMNO
April 12, 2023
Sultan tak perkenan bubar DUN Perak, keputusan kemudian: MB
October 12, 2022
Lagi Politik terkini
Bawa kad pengenalan, SPR ingatkan pengundi di PRK KKB
May 10, 2024 · Politik
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok