NGO desak tanah rizab Melayu dikembalikan di Sitiawan, pertikai langkah pindah milik

September 26, 2023 · Isu semasa

Status sejumlah tanah Rizab Melayu yang dipindah milik kepada individu dan syarikat bukan Melayun perlu dikembalikan, gesa sebuah badan bukan kerajaan (NGO).

Pertubuhan Kemanusiaan Antarabangsa Malaysia (MHO) membantah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak keputusan mengarahkan satu syarikat bukan Melayu menggantikan tanah lain milik syarikat berkenaan kepada Rizab Melayu yang dilihat tidak selari dengan undang-undang.

“Undang-undang telah memperuntukkan bahawa tanah Rizab Melayu boleh dikembalikan dan pemilikan tanah tersebut boleh diperbetulkan semula dengan mengguna pakai Seksyen 380, Seksyen 417 dan Seksyen 419 Kanun Tanah Negara 1965,” Setiausaha Agung MHO Hishamuddin Hashim semasa menyerahkan memorandum kepada PTG Perak semalam.

Ia susulan laporan tanah rizab Melayu seluas 3,214 hektar di Sitiawan dimiliki oleh syarikat bukan Melayu, selain tanah lain yang dipindah hak milik kepada individu bukan Melayu.

Ekoran itu, Pengarah PTG Perak Mohamad Fariz Mohamad Hanip dilaporkan mengarahkan syarikat berkenaan menggantikan tanah bukan rizab Melayu milik syarikat berkenaan di Teluk Intan dan Tapah kepada Rizab Melayu.

Menurut Fariz, tanah milik syarikat yang ditukar menjadi rizab Melayu hanya pada sekitar 15% daripada jumlah keseluruhan tanah dimiliki di Sitiawan.

Status tanah Rizab Melayu di Sitiawan itu menjadi isu apabila berpindah milik kepada bukan Melayu menerusi penjualan sahaja, syarikat Melayu kepada syarikat bukan Melayu.

Sebelum ini, MHO pada 15 Mei menyerahkan memorandum kepada pengarah PTG Perak berhubung status tanah-tanah tersebut.

Menurut Hishamuddin, tindakan memindah milik tanah Rizab Melayu juga bertentangan dengan Enakmen Tanah Rizab Melayu 1933 yang menyatakan sebarang urusan terbatal sekiranya tanah dipindahkan kepada bukan Melayu.

“Malah, di bawah Enakmen Rizab Melayu 1933, tanah rizab Melayu yang wujud pada tahun 1933 tidak boleh dipinda atau dimansuhkan melainkan melalui perbahasan di Parlimen,” katanya.

Menurut Hishamuddin, langkah awal PTG Perak mengenakan sekatan dengan memasukkan Kaveat Pendaftar bagi kesemua tanah yang terlibat untuk menghalang sebarang transaksi atau pindah milik juga tidak menyelesaikan masalah.

Ini kerana pemilik tanah bukan Melayu apabila berdepan kesukaran akibat membeli tanah yang mengandungi sekatan.

Katanya, PTG Perak diharap dapat bertindak dan mengambil langkah melindungi tanah berstatus Rizab Melayu di Sitiawan seperti mana yang diperuntukkan undang-undang.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024
Polis nafi lindungi Nicky Liow selepas bersembunyi hampir setahun
April 13, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kedah tawar pinjaman pendidikan buat pelajar yang layak ke IPTA, IPTS
June 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
4 jam lalu · Isu semasa
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
4 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok