Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam

September 25, 2023 · Politik

Tekanan dan sasaran dibuat terhadap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin dibuat oleh kerajaan campuran secara sistematik, dakwa peguam Bersatu.

Peguam tersebut yang juga Timbalan Ketua Biro Undang-undang Bersatu, Sasha Lyna Abdul Latif menyifatkan Perdana Menteri (PMX), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikecam dalam Dewan Rakyat sebelum ini menjadikan Radzi sebagai sasaran berdasarkan kronologi tindakan diambil pihak berkuasa dibawah kerajaan campuran.

“Kemudian pada hari yang sama, mesej WhatsApp tular dengan dakwaan palsu penglibatan ahli Parlimen Putrajaya dalam skandal rasuah membabitkan projek percetakan buku J-Qaf untuk kanak-kanak prasekolah dan beberapa projek lain,” katanya dipetik laporan MalaysiaNow.

“Pada 21 September, Ketua UMNO Bahagian Batu, yang kini bersekutu secara politik dengan Perdana Menteri, membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pada 22 September, SPRM mengumumkan telah menahan bekas setiausaha politik Radzi ketika beliau menyandang jawatan menteri pendidikan.”

Ujarnya lagi, kronologi tindakan yang diambil pihak berkuasa dibawah kerajaan campuran itu adalah “penting dan mengejutkan”.

“Adalah tidak rasional, tidak realistik dan mengarut untuk mengatakan tindakan pantas dan mengejut SPRM serta sekutu politik Anwar dari Rabu hingga Jumaat terhadap Radzi tidak berkaitan dengan perang mulut dengan perdana menteri pada Selasa,” katanya lagi.

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata agensi itu tidak menolak kemungkinan memanggil Radzi untuk disoal siasat berhubung siasatan yang dipercayai ada kaitan dengan penahanan dua individu termasuk bekas setiausaha politiknya atas dakwaan rasuah membabitkan kontrak percetakan buku bernilai RM80 juta ketika beliau menerajui Kementerian Pendidikan.

Sasha berkata perlu diingat bahawa ketua pesuruhjaya SPRM melapor terus kepada Anwar.

“Kedudukan beliau adalah atas budi bicara perdana menteri,” katanya.

Sambil menambah perkara seperti itu pernah berlaku sebelum ini, beliau memetik keputusan untuk menghentikan kes terhadap anak muridnya yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meskipun wujud kes prima facie terhadapnya.

“Satu demi satu, ahli Parlimen pembangkang sedang disoal siasat, siasatan dan pendakwaan jenayah bermotif politik.

“Sekarang selepas terperangkap dengan isu moral DNAA Zahid, Pakatan Harapan-Barisan Nasional nampaknya cuba menggambarkan pembangkang sebagai korup dengan mengheret mereka kepada penyiasatan SPRM,” ujarnya.

Berita berkaitan
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024· Isu semasa
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024· Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Popular
Bawa kad pengenalan, SPR ingatkan pengundi di PRK KKB
May 10, 2024
Tular “istana” Tajuddin yang sedang diubahsuai selepas pemecatan
May 27, 2021
Wan Saiful cabar DAP saman UMNO-BN dalam isu Komunis
November 17, 2023
UMNO tak tuntut RM114 juta, Zahidi desak penjelasan MT UMNO
June 2, 2021
Lagi Politik terkini
Bawa kad pengenalan, SPR ingatkan pengundi di PRK KKB
May 10, 2024 · Politik
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok