Ebit Liew lapor polis, dakwa jadi mangsa fitnah libatkan seorang wanita Indonesia

September 18, 2023 · Isu semasa

Satu laporan polis dibuat Ebit Lew ekoran kontroversi terbaharu yang tular dalam media sosial baru-baru ini.

Pendakwah bebas itu yang sedang berdepan pertuduhan di mahkamah Sabah mendakwa berlaku fitnah melampau terhadapnya dan membuat laporan polis di sebuah balai polis di Subang Jaya, menurut laporan media.

Ebit Lew menerusi hantaran di Instagramnya memaklumkan, laporan polis itu dibuat sebaik beliau tiba dari Jeddah, Arab Saudi kira-kira jam 12 tengah malam tadi.

“Bismillah. Baru sampai dari Jeddah (jam) 12 malam tadi terus ke balai polis buat laporan mengenai fitnah-fitnah melampau yang langsung tidak berasas ke atas saya.

“Saya serahkan pihak polis untuk mengambil tindakan. Saya juga telah menyerahkan kepada pihak peguam saya untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kapsyen di hantaran itu.

Kapsyen itu dimuat naik bersama sekeping gambar beliau memegang salinan laporan polis di hadapan pintu Balai Polis USJ 8.

Laporan polis oleh beliau itu dipercayai dilakukan selepas tular di media sosial satu rakaman wawancara bersama seorang wanita dari negara jiran yang pernah mendapat pertolongannya.

Wanita itu mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual seorang pendakwah bebas terkenal dari Malaysia ketika kali pertama tiba di Malaysia tahun ini.

Berita berkaitan
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Popular
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024
Polis nafi lindungi Nicky Liow selepas bersembunyi hampir setahun
April 13, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kedah tawar pinjaman pendidikan buat pelajar yang layak ke IPTA, IPTS
June 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
4 jam lalu · Isu semasa
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
4 jam lalu · Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok