Dakwa semula Zahid dan asingkan AG SPRM daripada kuasa eksekutif

September 15, 2023 · Politik

Tiga tuntutan dikemukakan Gerakan Selamatkan Malaysia kepada kerajaan menjelang perhimpunan yang dijadualkan berlangsung esok di ibu kota.

Seketariat bersama Gerakan Selamatkan Malaysia dalam tiga tuntutan tersebut mendesak Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi didakwa semula, bebaskan Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada kuasa eksekutif dan memberikan undang-undang yang adil kepada semua rakyat.

Terdapat 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk parti politik dalam seketariat tersebut.

“Sekretariat bersama menyeru seluruh rakyat yang cintakan integriti dan bersetuju dengan tiga tuntutan ini untuk hadir bersama-sama di Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan.

“Kami memberi jaminan bahawa himpunan aman selamatkan Malaysia akan berlangsung secara aman dengan penuh semangat berperlembagaan.

“Kita tidak akan mengendahkan sebarang provokasi yang dilakukan dan meminta semua peserta menjaga disiplin dan ketertiban sepanjang perhimpunan berlangsung,” katanya.

Kenyataan bersama itu melibatkan Gerakan Pembela Ummah (Ummah), Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Mahasiswa United dan Persatuan Progresif Perikemanusiaan Selangor.

Selain itu, Gabungan Ayahanda Persilatan, PAS, Bersatu, Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) dan Parti Pejuang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain pada Khamis dilaporkan berkata, polis menolak notis pemakluman penganjur Himpunan Selamatkan Malaysia kerana maklumat dikemukakan tidak lengkap.

Ini kerana katanya, penganjur tidak menepati syarat mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

Sementara itu, sakretariat bersama tersebut turut memaklumkan pihaknya telah menubuhkan satu pasukan guaman sekiranya mana-mana pihak menghadapi tindakan dari pihak berkuasa berhubung himpunan ini.

Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari dalam satu sidang akhbar pada Ahad lalu memaklumkan pihaknya akan menggerakkan himpunan aman pada 16 September di hadapan kompleks beli-belah Sogo susulan keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Ahmad Zahid.

Beliau kemudian memaklumkan himpunan itu kemungkinan akan diubah ke lokasi Bukit Bintang.

Berita berkaitan
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024· Isu semasa
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024· Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Popular
Wan Saiful cabar DAP saman UMNO-BN dalam isu Komunis
November 17, 2023
Tular “istana” Tajuddin yang sedang diubahsuai selepas pemecatan
May 27, 2021
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
Bawa kad pengenalan, SPR ingatkan pengundi di PRK KKB
May 10, 2024 · Politik
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok