Isu kes Zahid jadi tumpuan Ahli Parlimen PN di Dewan Rakyat, gesa usul dibahas

September 11, 2023 · Politik

Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) mahu mengemukakan usul tergempar pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini bagi mendapatkan penjelasan berhubung kes mahkamah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Usul berhubung kes rasuah Zahid yang dihentikan prosidingnya sudah dihantar ke pejabat Speaker Dewan Rakyat sebelum ini oleh seorang MP Machang, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal.

Usul berkenaan antaranya meminta memanggil Peguam Negara untuk memberi penjelasan mengenai keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan rasuah berkait dana Yayasan Akalbudi.

“Kami akan terus memberi perhatian penuh dalam Dewan Rakyat esok (hari ini) dan kita harap perkara ini diberi ruang oleh Speaker,” kata Wan Ahmad Fayshal dalam sidang media semalam.

Wan Ahmad Fayshal juga mempersoalkan langkah menteri dalam kerajaan campuran yang memberi penjelasan bagi pihak bekas Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun yang sudah berhenti dan ditamatkan kontraknya.

“Esok (hari ini) adalah medan terbaik untuk berbahas isu penting negara,” katanya lagi.

Beliau terdahulu sudah menghantar notis bagi usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18 pada minggu lalu.

Usul itu menggesa sesi akan datang bermula Isnin minggu depan ditangguhkan bagi menuntut AG menjelaskan keputusan itu kepada Dewan Rakyat.

“Peguam negara perlu menyatakan perkara-perkara yang menjadi asas kepada penarikan balik 47 pertuduhan itu, memandangkan mahkamah sudah memutuskan terdapat kes prima facie dan timbalan perdana menteri telah diarah membela diri,” tulisnya dalam notis yang ditujukan kepada Speaker Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul.

Beliau berhujah bahawa usul itu adalah berkehendak disegerakan dan berkepentingan awam, dan oleh itu memenuhi kriteria untuk menggunakan Peraturan Mesyuarat 18.

Sidang Dewan Rakyat hari ini dijadualkan untuk membentang dan membahaskan kajian semula separuh penggal bagi Rancangan Malaysia Ke-12.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari juga mengumumkan satu kempen “Selamatkan Malaysia” akan berhimpun di Sogo pada 16 September ini.

Menurut Ahmad Fadhli, kempen tersebut dianjurkan sebagai tanda bantahan terhadap kerajaan campuran yang dilihat membelakangi prinsip ketelusan dan urus tadbir yang bersih susulan langkah menamatkan prosiding mahkamah terhadap Zahid baru-baru ini.

“Kemuncaknya apa yang kami hendak lakukan adalah gerakan Selamatkan Malaysia… Ia akan diadakan kempen awalnya pada Hari Malaysia (Sabtu ini) di depan kompleks Sogo.

“Kita minta anak muda berpakaian baju putih dan membawa bendera Malaysia,” katanya.

Berita berkaitan
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024· Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Popular
Pembangkang akur tiada undi percaya, tandatangan MOU dengan PM esok
September 12, 2021
Sultan tak perkenan bubar DUN Perak, keputusan kemudian: MB
October 12, 2022
Zahid wajar kekal presiden, DAP boleh bantu pulih imej bukan MCA
December 15, 2022
Isu sokong Anwar tak dijawab, Najib bidas pula pemimpin UMNO obses PRU
May 10, 2021
Lagi Politik terkini
Bawa kad pengenalan, SPR ingatkan pengundi di PRK KKB
May 10, 2024 · Politik
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok