Rosmah mohon dapatkan pasport sementara ke Singapura

August 16, 2023 · Isu semasa

Datin Seri Rosmah Mansor sekali lagi mengemukakan permohonan di Mahkamah Rayuan bagi mendapatkan pelepasan sementara pasport untuk melawat anak perempuannya, Nooryana Najwa Mohd Najib yang dijangka melahirkan anak ketiga hujung bulan ini.

Rosmah selaku pemohon memfailkan notis usul itu pada 11 Ogos lepas menerusi Tetuan Akberdin & Co. bagi membolehkannya melawat Nooryana Najwa yang dijangka bersalin pada 28 Ogos ini serta keluarganya di Singapura, menurut laporan Bernama.

Permohonan untuk mendapatkan pasport akan didengar esok.

Dalam notis itu, isteri kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu berkata beliau akan ke Singapura pada 18 hingga 23 Ogos, 26 Ogos hingga 6 Sept dan 9 Sept hingga 31 Okt ini.

Menurut Rosmah, beliau akan pulang ke Malaysia untuk menghadiri prosiding rayuan kes rasuah membabitkan projek hibrid solar.

Sebelum ini, Mahkamah Rayuan menetapkan 18 Sept ini untuk pengurusan kes.

Menurut Rosmah, sehingga ke hari ini beliau tidak pernah gagal atau cuai untuk hadir ke mahkamah bagi sebutan dan perbicaraan tanpa sebab atau alasan yang munasabah.

Ini adalah kali keempat Rosmah memohon untuk mendapatkan pelepasan pasport antarabangsa untuk ke Singapura, kali pertama pada 15 Okt 2021 untuk melawat Nooryana Najwa yang melahirkan anak keduanya, pada 21 Mac lepas untuk melawat anak dan cucunya yang tidak sihat, dan pada 15 Jun bagi melawat anak perempuannya itu.

Nooryana Najwa telah berkahwin dengan warga Kazakhstan, Daniyar Kessikbaye dan pasangan itu kini menetap di Singapura.

Pada 1 Sept 2022, Mahkamah Tinggi di sini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta terhadap Rosmah selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Mahkamah turut memerintahkan Rosmah, 71, dipenjara 30 tahun jika gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024
‘Saya tak nikah Rina Harun’
October 18, 2022
Umat Islam Malaysia mula puasa esok
April 12, 2021
Empat negeri miskin tegar, 4 negeri ‘orang kaya’
December 1, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024 · Isu semasa
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024 · Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok