Ringgit dibuka rendah lagi berbanding dolar AS pagi ini

August 16, 2023 · Isu semasa

Ringgit memulakan urus niaga pagi ini rendah berbanding dolar AS dengan mata wang dolar dilihat mengukuh didorong data Jualan Runcit Amerika Syarikat (AS) yang lebih tinggi daripada jangkaan pada Selasa, kata penganalisis.

Pada 9.02 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.6425/6450 berbanding dolar AS daripada 4.6335/6385 pada penutup semalam, lapor Bernama.

Menurut Jabatan Perdagangan AS, Jualan Runcit AS meningkat 0.7 peratus bulan ke bulan pada bulan Julai, mengatasi anggaran konsensus antara 0.4 dan 0.3 peratus.

Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata bacaan yang lebih tinggi daripada jangkaan meningkatkan jangkaan ekonomi AS yang kian tegang dan ini boleh memberi tekanan kepada Rizab Persekutuan AS (Fed) untuk menerima pakai dasar monetari yang lebih ketat dalam beberapa bulan akan datang.

“Dari sudut pandangan teknikal, penunjuk Indeks Kekuatan Relatif (RSI) menunjukkan bacaan 63.34 pada carta harian, menandakan dolar-ringgit AS boleh bergerak ke arah 4.6900 dalam beberapa minggu,” katanya kepada Bernama.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid pula berkata percanggahan dalam dasar monetari China juga akan menjadikan dolar AS lebih menarik dari sudut perbezaan kadar faedah.

“Kami menjangkakan USD/MYR akan kekal sekitar RM4.63-RM4.64 dalam tempoh terdekat,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit menyusut nilai berbanding yen Jepun kepada 3.1885/1905 daripada 3.1830/1867 tetapi meningkat berbanding pound Britain kepada 5.8937/8968 daripada 5.8966/9030 dan mengukuh berbanding euro kepada 5.0617/0644 daripada 5.0690/0745 sebelumnya.

Pada masa yang sama, unit tempatan diniagakan rendah berbanding mata wang Asean yang lain.

Nilai ringgit turun berbanding baht Thai pada 13.0918/1030 daripada 13.0908/1105 pada Selasa dan lemah berbanding peso Filipina menjadi 8.17/8.19 daripada 8.15/8.16 semalam.

Mata wang tempatan turut menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.4156/4180 daripada 3.4155/4197 pada penutupan dagangan Selasa dan rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 302.5/302.9 daripada 301.9/302.4 sebelumnya.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Proses tender terbuka MRT3 berjalan lancar: MRT Corp
August 5, 2022
Laman web Imigresen kena godam
April 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024 · Isu semasa
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024 · Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok