Sekatan portal berita UtusanTV, Fahmi kata tidak tahu-menahu

August 10, 2023 · Politik

Fahmi Fadzil menjelaskan tidak mengetahui berhubung laporan sekatan terhadap portal berita, UtusanTV baru-baru ini.

Menteri Komunikasi dan Digital itu berkata isu berhubung sekatan tersebut boleh dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan menafikan ada mengeluarkan arahan supaya portal itu disekat.

“Saya tidak tahu-menahu berkaitan perkara ini.

”Kamu boleh rujuk kepada SKMM,” katanya dipetik laporan media.

Bercakap kepada pemberita dalam satu acara di Kuala Lumpur pagi ini, Fahmi berkata dia tidak menerima sebarang laporan berkaitan sekatan itu daripada SKMM.

“Saya akan tanya mereka lagi. Saya tidak beri arahan kepada SKMM untuk sekat sesiapa, tidak kira media atau media sosial.

“Tiada arahan dari saya,” katanya.

Pada Isnin lalu, media melaporkan kerajaan menyekat akses ke laman web UtusanTV kepada sesetengah pengguna Internet.

UtusanTV ditubuhkan oleh bekas kakitangan Utusan Malaysia selepas syarikat induknya Utusan Melayu (Malaysia) Berhad ditutup pada 2019 kerana masalah kewangan.

Akhbar Utusan Malaysia dilancarkan semula pada tahun 2020 bawah pengurusan baru, dan tidak bergabung dengan UtusanTV.

Malaysiakini telah menghubungi SKMM sebelum ini dan masih menunggu jawapannya.

SKMM pada 8 Ogos memberitahu The Star bahawa mereka sedang menyiasat isu itu dan sekatan itu telah ditarik balik.

Kumpulan wartawan Gerakan Media Merdeka (Geramm) berkata SKMM mesti mempunyai mekanisme jelas untuk menyekat kandungan atas talian, terutama yang melibatkan portal berita.

Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) semalam turut menuntut sekatan terhadap UtusanTV ditarik balik segera.

Katanya amalan penapisan dalam kerajaan-kerajaan terdahulu tidak harus diteruskan oleh pentadbiran baru.

Ini kali kedua kerajaan menyekat portal selepas MalaysiaNow pada Jun lalu.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024· Politik
Bergantung kepada siasatan sama ada tangkap Agus atau tidak: Razarudin
December 5, 2023· Isu semasa
Kementerian nafi SKMM digunakan untuk sekat kebebasan media
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
UMNO Sabah mula minta senarai calon PRU-15
August 10, 2022
Armada Bersatu lapor polis maklumat siasatan bocor melibatkan Menteri UMNO
April 12, 2023
Sultan tak perkenan bubar DUN Perak, keputusan kemudian: MB
October 12, 2022
Zahid wajar kekal presiden, DAP boleh bantu pulih imej bukan MCA
December 15, 2022
Lagi Politik terkini
Bawa kad pengenalan, SPR ingatkan pengundi di PRK KKB
May 10, 2024 · Politik
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok