Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

May 29, 2023 · Politik

Perbicaraan kes Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam yang didakwa atas dua pertuduhan membuat dan memulakan komunikasi jelik terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan akan bermula September ini, di Mahkamah Sesyen di sini.

Hakim Priscilla Hemamalini Nadarajan menetapkan tarikh 5, 6, 7, 11 dan 18 Sept serta 9,10,11, 23 dan 24 Okt sebagai tarikh perbicaraan selepas mendengar permohonan daripada Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur Datin Kalmizah Salleh pada sebutan kes tersebut hari ini, menurut laporan Bernama.

“Hari ini ditetapkan untuk sebutan kes dan pihak kami dimaklumkan representasi difailkan pihak pembelaan Lokman masih di Jabatan Peguam Negara (AGC).

“Pada tarikh sebutan seterusnya, pihak kami akan menyerahkan sekali penyataan saksi,” katanya dengan turut memaklumkan pihaknya akan memanggil 10 saksi pendakwaan untuk perbicaraan tersebut.

Peguam Logen Eskander yang mewakili Lokman tidak membantah tarikh perbicaraan tersebut.

Priscilla kemudian menetapkan 1 Ogos ini bagi mengetahui perkembangan status representasi yang difailkan pembelaan.

Pada 1 Sept tahun lalu, Lokman, 50, selaku Orang Kena Saman (OKS) mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu yang didakwa dilakukan melalui aplikasi Facebook atas nama profil “Lokman Noor Adam Official” dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Mengikut pertuduhan pertama membabitkan bekas Perdana Menteri, Lokman didakwa melakukan perbuatan itu pukul 11.16 malam pada 20 Ogos 2022 yang kemudiannya hantaran itu dibaca pada 8.15 pagi, 24 Ogos tahun sama di Mutiara Villa Jalan Tung Shin, Bukit Bintang di sini.

Bagi pertuduhan kedua pula, Lokman dituduh melakukan perbuatan sama terhadap kerajaan pukul 10.28 malam, 22 Ogos tahun sama dan pautan itu kemudian dibaca pukul 11.30 pagi pada 23 Ogos di sebuah restoran di Jalan Sentul di sini.

Pertuduhan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya dan denda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan, jika sabit kesalahan.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok