251 kes semalam, tiada kematian

February 1, 2023 · Isu semasa

Tiada pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh atau meninggal dunia dalam tempoh 24 jam semalam (Selasa, 31 Januari 2023), kata Kementerian Kesihatan (KKM).

Sementara itu, jumlah jangkitan baharu harian Covid-19 di seluruh negara pula adalah sebanyak 251, meningkat sedikit berbanding 202 kes pada Isnin, menurut KKM.

Pada masa sama, KKM juga memaklumkan bahawa 13 kes semalam turut melibatkan kanak-kanak, dengan enam daripada kes itu membabitkan kanak-kanak berusia 0 hingga empat tahun, dan tujuh lagi berusia lima hingga 11 tahun.

Daripada jumlah jangkitan baharu semalam, 175 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan vaksin dos penggalak, diikuti 46 (individu yang lengkap divaksinasi); tiga kes melibatkan individu belum lengkap divaksinasi; dan 27 kes (individu tidak divaksinasi).

Jumlah terbaharu itu menjadikan kumulatif positif sejak kes pertama dikesan pada 25 Januari 2020 sebanyak 5,036,593 dengan 4,989,861 pesakit telah sembuh.

Data laman sesawang KKMNOW yang dikemas kini tengah malam tadi menunjukkan sehingga semalam sebanyak 9,790 kes masih aktif, meningkat lagi berbanding 9,539 pada Isnin, dan 9,374 pesakit Covid-19 dilaporkan masih menjalani kuarantin di rumah (9,135 pada Isnin).

Sementara itu, seramai 401 pesakit mendapatkan rawatan di hospital (381 pada Isnin), dan 15 dimasukkan ke unit rawatan rapi (23 pada Isnin) dengan sembilan daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (12 pada Isnin).

Berikut adalah pecahan kes baharu semalam mengikut negeri dan wilayah, serta kumulatif kes positif:

  • Selangor – 63 (1,548,310);
  • Kuala Lumpur – 49 (468,135);
  • Sabah – 6 (406,808);
  • Johor – 9 (398,249);
  • Sarawak – 20 (324,328);
  • Kedah – 9 (318,562);
  • Pulau Pinang – 7 (307,478);
  • Kelantan – 3 (260,040);
  • Perak – 7 (238,945);
  • Negeri Sembilan – 10 (230,933);
  • Pahang – 6 (182,617);
  • Melaka – 10 (144,875);
  • Terengganu – 6 (132,939);
  • Putrajaya – 9 (32,429);
  • Labuan – 0 (22,955); dan
  • Perlis – 0 (18,990).

Sementara itu, KKM memaklumkan tiada pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam.

Ini menjadikan kumulatif kematian 17 Mac 2020 adalah sebanyak 36,942 kes, termasuk 7,870 kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).

Berita berkaitan
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Langkah kawal emosi – redha, maaf dan syukur
September 26, 2021
Selepas Najib, bayaran penasihat pentadbiran Ismail Sabri kedua tertinggi
December 13, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok