Permohonan Najib semak keputusan sabitan kes SRC didengar hari ini

January 19, 2023 · Politik

Mahkamah Persekutuan akan mendengar permohonan Datuk Seri Najib Razak yang mahu membatalkan sabitan hukuman dalam kes rasuah membabitkan RM42 juta dana daripada SRC International Sdn Bhd (SRC).

Bekas Perdana Menteri itu mencuba sekali lagi mendapatkan pembebasannya dengan membuat permohonan semakan tersebut selepas terbentuknya kerajaan campuran baharu Pakatan Harapan (PH) dan UMNO.

Permohonan bekas Najib akan didengar oleh panel lima hakim hari ini yang dibuat mengikut Peraturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995.

Peraturan itu memberikan mahkamah tertinggi sedia ada untuk, antara lain, mengkaji semula keputusan terdahulu atas alasan ketidakadilan dan penyalahgunaan proses.

Pada 23 Ogos tahun lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atas Najib yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC.

Menerusi permohonan semakan sekarang, Najib berhujah bahawa hakim perbicaraan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali – yang telah dinaikkan dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke Mahkamah Rayuan – berada dalam konflik kepentingan apabila beliau mendengar dan memutuskan kes SRC.

Najib diwakili pasukan pembelaan diketuai peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, manakala pendakwaan diketuai oleh Datuk V Sithambaram.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Itu bukan pandangan DAP, kata Anwar ulas kenyataan kontroversi Ramasamy
February 11, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok