Bajet baharu akan dibentang, tak sama dengan kerajaan Ismail Sabri: Anwar

January 17, 2023 · Isu semasa

Kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) akan membentangkan Bajet 2023 yang baharu dan tidak sama seperti yang dibentangkan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

PM kerajaan PH-BN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Bajet 2023 yang akan dibentangkan semula tidak akan terikat dengan bajet yang dibentangkan oleh kerajaan terdahulu pada Oktober 2022 sebelum pembubaran Parlimen bagi memberi laluan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan.

“Semua aspek tidak akan terikat dengan belanjawan yang terdahulu walaupun kita ambil kira cadangan yang dibuat dahulu.

“Tetapi ini belanjawan baharu sama sekali, terasnya, dasarnya dan pengubahsuaiannya walaupun angka-angka pendapatannya mungkin tidak boleh ubah banyak,” katanya menurut laporan Bernama semasa Majlis Dialog Belanjawan 2023 hari ini.

Bagaimanapun beliau berkata cadangan yang dibuat dalam pelan bajet terdahulu akan diambil kira dalam perangkaan Bajet 2023 yang disemak semula itu.

Anwar yang juga merupakan menteri kewangan berkata keutamaan Bajet 2023 akan diberikan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam sektor berimpak tinggi seperti teknologi, pertanian dan tenaga boleh baharu serta mempunyai keupayaan eksport.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan sama ada Bajet 2023 yang disemak semula akan mengekalkan jumlah RM372.3 bilion yang diperuntukkan sebelum ini semasa pembentangan pada Oktober tahun lepas oleh menteri kewangan kerajaan terdahulu, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Namun pada 10 Oktober 2022, Parlimen dibubarkan bagi memberi ruang kepada PRU-15 yang diadakan pada 19 Nov, 2022.

Semasa sesi persidangan Parlimen yang berlangsung pada 20 Disember 2022, Dewan Rakyat meluluskan peruntukan khas perbelanjaan perkhidmatan berjumlah RM107.72 bilion, antaranya merangkumi bayaran gaji kepada penjawat awam, utiliti, biasiswa, bantuan kebajikan serta perkhidmatan pendidikan dan kesihatan.

Sementara itu, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Kementerian Kewangan berkata Majlis Dialog Bajet 2023 itu dihadiri oleh pihak berkepentingan yang terdiri daripada agensi kerajaan, sektor swasta, ahli akademik, pertubuhan bukan kerajaan serta pertubuhan masyarakat sivil.

Peserta dialog telah mengutarakan pelbagai cadangan antara lainnya mengusulkan agar lebih banyak tumpuan diberikan kepada isu kesihatan mental dan keperluan orang kurang upaya serta memastikan kesaksamaan jantina dalam peluang pendidikan dan pekerjaan.

Selain itu, terdapat juga cadangan untuk mengupayakan perusahaan kecil dan sederhana, merancakkan pertanian bandar sebagai penyumbang kepada sekuriti makanan dan memberi perhatian kepada kelestarian alam sekitar, memastikan inisiatif disediakan bagi melindungi kelangsungan hidup kumpulan rentan dan menambah baik proses pendigitalan dalam penyampaian kerajaan.

Berita berkaitan
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Johari Ghani dilantik Menteri Perladangan dan Komoditi
December 12, 2023· Isu semasa
Rombakan Kabinet: Jumlah Menteri bertambah jadi 31, ada wakil DAP di MOF
December 12, 2023· Politik
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Seorang lagi ADUN Selangor rentas negeri masuk hutan di Pahang
July 18, 2021
Filem Mat Kilau bakal jadi biopik terhebat alaf ini
June 25, 2022
Bekas Menteri Agama tuntut penjelasan kerajaan tarik balik rayuan kalimah Allah
May 16, 2023
Penjawat awam kena pisahkan media sosial untuk tugas, peribadi
September 22, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok