Reformasi: Azalina patut cadang Anwar lantik ‘orang sendiri’ jadi AG

December 3, 2022 · Politik

Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said yang kini sudah memiliki ‘kuasa’ mesti melakukan reformasi badan kehakiman sebagaimana yang dilaungkannya sebelum ini, selain berusaha membebas dan melepaskan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Jangan pula Azalina mengikut langkah ‘bos’ baharunya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini turut membolot kerusi Menteri Kewangan, kerana tidak percayakan individu lain menjaga wang negara.

Sebagai Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Azalina patut menasihatkan dan mencadangkan kepada Anwar supaya cepat-cepat melantik ‘orang sendiri’ menjadi Peguam Negara (AG) bagi memudahkan usaha menghalang pendakwaan terhadap menteri dan bekas menteri daripada UMNO.

Jika AG ‘orang sendiri’ bolehlah segala pertuduhan yang dikenakan terhadap Zahid yang juga Presiden UMNO dan merupakan anak murid kepada Anwar, ditarik balik.

Azalina bukan tidak pernah membuat gesaan supaya pemimpin tertinggi negara meletakkan ‘orang sendiri’ sebagai AG.

Ketika menjadi Penasihat Undang-Undang Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini pun, Azalina yang dicop sebagai ‘orang Zahid’ pernah menyindir Ahli Parlimen Bera itu.

“Siapa jadi perdana menteri, dia mesti jadikan peguam negara orang dia,” kata Azalina dalam majlis taklimat khas Presiden UMNO di mana beberapa pemberi ucapan bergilir mengecam keputusan Mahkamah Persekutuan menghantar Najib ke penjara selepas gagal dalam rayuannya.

“Hari ini kita tarik ‘handbrake’, lawan tetap lawan. Takkan masukkan bossku dalam penjara sebab nak menang?” katanya lagi memetik laporan Sinar.

Azalina menjelaskan, pelantikan Peguam Negara adalah atas nasihat Perdana Menteri dan kebiasaannya dilantik dalam kalangan ‘orang sendiri’ untuk memudahkan urusan berkaitan.

Justeru, beliau mempersoalkan Ismail Sabri yang tidak menukarkan Peguam Negara walaupun ia di bawah kuasa beliau.

Namun, adakah DAP yang menjadi parti komponen PH dan telah melupakan persengketaan dengan UMNO akan menyokong reformasi institusi kehakiman dan menukar AG sekarang.

Selepas Azalina membuat kenyataan berkaitan AG itu, pemimpin DAP Ngeh Koo Ham mengecam Azalina.

Pada 29 Ogos lalu, Ngeh dalam satu kenyataan menggesa Azalina meletakkan jawatan sebagai penasihat khas perdana menteri mengenai undang-undang dan hak asasi manusia, kerana dia tidak layak untuk jawatan itu.

“Jika dilihat pada konteks gesaan (Azalina) itu, beliau berkata PM perlu melantik seorang peguam negara yang akan bertindak mengikut telunjuk PM, termasuk menyalahgunakan kuasa peguam negara yang bertindak sebagai pendakwa raya untuk menarik balik pertuduhan terhadap mereka yang melakukan rasuah dan mereka yang menyalahgunakan kuasa, terutamanya pemimpin Umno,” kata Koo Ham.

Sesetengah pihak bagaimanapun melahirkan kebimbangan sekiranya benar AG akan ditukar apabila kerajaan baharu memerintah.

Ada yang berpendapat, seorang AG baharu yang bertindak mengikut kehendak PH dan BN mungkin akan menggugurkan kesemua pertuduhan terhadap pemimpin politik yang kini sedang berdepan perbicaraan di mahkamah, termasuk Zahid.

Atau, secara diam-diam kerajaan Anwar boleh juga menghubungi ‘pihak tertentu’ supaya mahkamah membuat keputusan memihak kepada ‘Kluster Mahkamah’.

Kini, ramai yang yakin bahawa agenda Zahid seterusnya adalah untuk dibebas dan dilepaskan daripada 87 pertuduhan jenayah, termasuk rasuah yang melibatkan jutaan ringgit. Apa lagi dia kini duduk di kerusi Timbalan Perdana Menteri, selain ‘orang suruhannya’ juga kini menjawat jawatan Menteri Undang-Undang.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Pemuda PKR pula desak Ramasamy dipecat dari kerusi Timbalan KM
February 12, 2023
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Kerajaan Anwar sekat kebebasan bersuara rakyat, BERSIH kecewa janji tak ditunaikan
September 13, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok