Tak wujud drama air mata minta kerusi Timbalan Speaker: Rashid

November 10, 2022 · Politik

Calon Perikatan Nasional Parlimen Batu Pahat, Datuk Mohd Rashid Hasnon menegaskan tidak wujud drama air mata untuk beliau menduduki kerusi Timbalan Speaker Dewan Rakyat seperti yang dijaja Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, kelmarin.

Penyandang Parlimen Batu Pahat itu berkata pemilihannya dibuat dengan undian setelah dicadangkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Hakikatnya, untuk mendapatkan jawatan timbalan Speaker Dewan Rakyat perlu mendapat undi majoriti oleh ahli Parlimen yang bersidang, bukan Anwar yang menetapkannya.

“Cadangan untuk saya menjawat jawatan itu dicadangkan oleh perdana menteri ketika itu, Dr Mahathir sebelum undian dilakukan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui program beramah mesra dengan penduduk Parit Gantung yang mengadakan majlis kenduri sekampung di Surau Al-Falah, Batu Pahat, lapor FMT.

Beliau menasihatkan Presiden PKR itu agar berhenti menebar cerita dongeng untuk menunjukkan kononnya beliaulah yang paling berkuasa untuk menentukan segala hal.

“Sudah-sudahlah nak menipu rakyat kerana orang sekarang bukan bodoh untuk dibawakan cerita dongeng, kononnya beliau paling berkuasa untuk menentukan semua keputusan. Ketika itu, beliau tiada sebarang jawatan selain menjadi ahli Parlimen,” katanya.

Semalam, media tempatan melaporkan Anwar mendakwa Rashid pernah menangis dan merayu kepadanya untuk mendapatkan jawatan timbalan Speaker itu ketika berada dalam kerajaan PH.

Mengulas lanjut, calon Perikatan Nasional (PN) itu berkata, PH sudah ketandusan isu untuk menghentam lawannya hingga menabur cerita tidak benar kepada penyokongnya.

“Hakikatnya, PH sudah tidak mempunyai isu (untuk dibangkitkan) atau janji yang boleh diberikan kepada rakyat. Janji mereka dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) hanya tinggal janji semata-mata,” katanya.

Pada PRU-14, Mohd Rashid memenangi kerusi Parlimen Batu Pahat atas tiket PKR dengan majoriti 17,894 undi menewaskan calon BN dan PAS.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai timbalan Speaker pada 2018 di bawah pentadbiran Dr Mahathir namun Rashid keluar parti apabila berlaku ‘Langkah Sheraton’ dan menyertai Bersatu kemudian pada 2020 beliau dilantik sekali lagi sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat di bawah pemerintahan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pada PRU kali ini, Rashid dicabar Ishak Siraj (BN), Zahari Osman (Parti Rakyat Malaysia), Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir (Pejuang) dan Onn Abu Bakar (PH).

Berita berkaitan
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Johari Ghani dilantik Menteri Perladangan dan Komoditi
December 12, 2023· Isu semasa
Rombakan Kabinet: Jumlah Menteri bertambah jadi 31, ada wakil DAP di MOF
December 12, 2023· Politik
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Mat Sabu sudah tak tahan dikecam selepas bersama UMNO: Tuan Ibrahim
May 10, 2023
Saya pun tak berani hurai al-Quran tapi dia berani, Sanusi bidas MP DAP bukan Islam
September 23, 2023
Pembebasan Zahid dalam kes rasuah, PAS gesa hormati keputusan mahkamah
September 23, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok