PH kena kaji semula calonkan Anwar sebagai PM

October 25, 2022 · Politik

Kes saman difailkan bekas pembantu, Yusoff Rawther terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum selesai, sepatutnya Pakatan Harapan (PH) tidak menamakan beliau sebagai calon Perdana Menteri (PM).

Gesaan itu dibuat Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad yang menyifatkan tindakan PH itu memberi persepsi gabungan pembangkang itu tidak menghormati mahkamah apabila mencalonkan Presiden PKR itu sebagai PM jika memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

“Nama yang dicalonkan oleh parti-parti politik sebagai Perdana Menteri perlulah nama yang sesuai dihantar ke Istana Negara. Dalam keadaan ini, adalah terpulang kepada PH untuk bertanggungjawab dan mengkaji semula pencalonan bagi jawatan perdana menteri.

“Mereka perlu menghormati proses pilihan raya negara dengan memastikan semua calon, terutamanya calon Perdana Menteri adalah bersih dan penuh integriti.

“Sehingga Mahkamah Tinggi memberi suatu keputusan dalam kes Yusoff, Anwar tidak layak dinamakan calon Perdana Menteri,” kata Latiff dalam satu kenyataan, hari ini.

Untuk rekod, Yusoff membuat tuntutan di Mahkamah Tinggi terhadap Anwar pada 14 Julai 2021 berhubung dakwaan serangan seksual yang dikatakan berlaku terhadapnya pada Oktober 2018 di kediaman pemimpin PKR itu.

Anwar, bagaimanapun menafikan dakwaan Yusoff itu dan telah memfailkan saman balas.

Mengulas lanjut, Latiff berkata, apatah lagi pada 19 Oktober lalu, Yusof menang suatu kes saman berkaitan isu ini terhadap setiausaha akhbar Anwar, apabila mahkamah memerintahkan ganti rugi RM200,000 dan kos dibayar kepada Yusoff.

“Di mana-mana negara di dunia, adalah satu kebiasaan bahawa apabila seorang pemimpin menghadapi tuduhan salah laku seksual di mahkamah, maka beliau perlu menarik diri dari sebarang pilihan raya atau jawatan kerajaan sehingga selesai kes mahkamah terbabit.

“Ini adalah untuk memastikan hanya pemimpin yang bersih dan bermoral tinggi memegang jawatan kerajaan yang penting bagi memelihara keyakinan umum dan reputasi negara,” katanya.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok