MP PKR juga gesa hormat keputusan mahkamah kes rasuah Zahid

September 23, 2022 · Politik

Selepas PAS menggesa semua pihak menghormati keputusan mahkamah melibatkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, seorang Ahli Parlimen (MP) PKR juga menyuarakan pendirian sama berhubung keputusan kes rasuah Presiden UMNO itu hari ini.

MP Pasir Gudang, Hassan Karim berkata senario kes Zahid juga sama dengan keputusan kes mahkamah terhadap Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang didapati bersalah oleh mahkamah sebelum ini dengan menggesa agar orang ramai menghormati institusi kehakiman negara itu.

“Apabila (bekas perdana menteri) Najib Razak dan Rosmah Mansor didapati bersalah dan dihukum penjara oleh mahkamah, maka kita menganggap mahkamah adil dan bebas dalam membuat keputusan itu dan menyeru supaya semua orang menghormatinya.

“Jadi begitulah sepatutnya apabila Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan Zahid Hamidi daripada 40 pertuduhan rasuah.

“Walaupun kita anti-rasuah dan tidak gembira dengan keputusan ke atas Zahid, tetapi kita perlu hormati keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hassan bagaimanapun berkata pihaknya berharap pendakwa raya akan memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan.

“Kita menerima penjelasan peguam negara bahawa penghakiman kes Zahid di Mahkamah Tinggi Shah Alam itu perlu diteliti dan dikaji sebelum rayuan ke Mahkamah Rayuan Malaysia difailkan,” tambahnya.

Katanya lagi, hakim Mahkamah Tinggi juga perlu membentangkan alasan penghakimannya kepada umum untuk dibaca oleh orang ramai memandangkan kes itu melibatkan kepentingan awam.

Terdahulu Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membebaskan dan melepaskan Zahid daripada pertuduhan rasuah yang dikenakan ke atasnya.

Ahli parlimen Bagan Datuk itu didakwa atas 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah SG$13.56 juta daripada syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB), selain tujuh lagi mendapatkan SG$1,150,000; RM3.125 juta; 15,000 Swiss Franc dan AS$15,000 daripada syarikat sama yang mempunyai kaitan rasmi dengan tugas rasminya.

Dalam keputusannya, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Mohd Yazid Mustafa, berkata pihak pendakwaan gagal mewujudkan prima facie ke atas bekas Menteri Dalam Negeri itu.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Popular
Gelombang sokongan rakyat terhadap PN luar biasa
November 16, 2022
Pemuda PKR pula desak Ramasamy dipecat dari kerusi Timbalan KM
February 12, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok