Kes rasuah VLN, ratusan penyokong Zahid bersolidariti di mahkamah

September 23, 2022 · Politik

Ratusan penyokong setia Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhimpun di luar Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi ini bagi memberi sokongan kepadanya yang akan mendengar keputusan sama ada perlu membela diri atau dibebaskan dalam kes rasuah Visa Luar Negara (VLN).

Presiden UMNO itu tiba dengan kereta jenis Vellfire putih turun di depan mahkamah bagi meraikan ratusan penyokongnya dan bersalaman dengan mereka yang teruja melihat pemimpin nombor satu parti dan bakal Perdana Menteri itu.

Laporan media melaporkan penyokong Zahid tiba seawal jam 7.45 pagi sebelum dua buah bas, difahamkan dari Kuala Nerus, Terengganu tiba kira-kira jam 8.15 pagi tadi.

Penyokong yang majoritinya memakai baju berwarna putih turut membawa sepanduk dengan tulisan “Solidariti 4 AZH” dan memegangnya sepanjang berada di pekarangan mahkamah.

Sejak dari tadi juga penyokong melaungkan “Hidup Presiden” dan beberapa kata semangat lain.

Anggota polis juga dilihat berkawal di hadapan bangunan mahkamah dan setakat ini, keadaan tenang tanpa ada sebarang provokasi daripada penyokong.

Keputusan sama ada Zahid akan dibebaskan atau diperintah membela diri terhadap 40 pertuduhan rasuah berhubung sistem VLN akan diketahui hari ini.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Yazid Mustafa dijadual menyampaikan keputusan di akhir kes pendakwaan itu pada 9 pagi.

Sekiranya keputusan mahkamah memihak kepada pihak pendakwaan yang berpendapat wujud prima facie terhadap Zahid, maka beliau akan dipanggil untuk membela diri manakala jika sebaliknya, bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan dilepas dan dibebaskan.

Pasukan pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, Abdul Malik Ayob, Zander Lim Wai Keong dan B Thavani manakala Zahid diwakili peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik, Datuk Ahmad Zaidi Zainal dan Hamidi Mohd Noh.

Pada 11 Ogos, pihak pendakwaan menutup kesnya selepas memanggil 18 saksi untuk memberi keterangan dalam perbicaraan yang bermula pada 24 Mei 2021 dan pihak pendakwaan serta pembelaan selesai berhujah pada 7 September lalu.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Popular
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok