PM batal ke Singapura kuatkan ura-ura PKP nasional esok

May 2, 2021 · Isu semasa

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membatalkan lawatan rasmi ke Singapura yang dijadual Isnin kerana mahu memberi tumpuan kepada kes Covid-19 yang semakin meningkat.

Malaysia hari ini melaporkan 3,418 kes baharu dalam tempoh 24 jam lalu dengan Selangor mencatat jangkitan tertinggi iaitu 1,200 kes.

Semalam, negara mencatatkan sebanyak 2,881 kes, berbanding 3,788 kes sehari sebelumnya.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, Perdana Menteri dijadual melawat Singapura esok tetapi ditangguh ke satu tarikh lain tahun ini.

Pembatalan itu mencetuskan khabar angin kemungkinan kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang lebih ketat di seluruh negara bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

“Ini disebabkan tumpuan semasa Perdana Menteri ketika ini adalah terhadap jumlah jangkitan Covid-19 yang meningkat baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan media.

Hishammuddin dalam rangka lawatan kerja dua hari di Singapura berkata Muhyiddin dijadualkan bertemu Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, untuk berbincang isu perjalanan merentas sempadan secara beransur-ansur.

Bagaimanapun katanya, keadaan semasa Covid-19 tidak menyediakan persekitaran yang selesa bagi kedua-dua perdana menteri untuk berbincang dan mencapai kata sepakat.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Teks Penuh Perbahasan Bajet 2024 Tan Sri Muhyiddin Yassin
October 18, 2023· Rencana
Pembebasan Muhyiddin: Komentar peguam yang diatur adalah songsang
October 6, 2023· Rencana
Rayuan pendakwaan terhadap keputusan mahkamah bebas Muhyiddin pada 28 Feb
September 27, 2023· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Pekerja kontraktor Petronas raih sumbangan RM91,000 direman
September 5, 2021
Langkah kawal emosi – redha, maaf dan syukur
September 26, 2021
Selepas Najib, bayaran penasihat pentadbiran Ismail Sabri kedua tertinggi
December 13, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok