Saman Muhyiddin: Permohonan injunksi Zahid ditolak mahkamah

August 8, 2022 · Politik

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi gagal dalam permohonan injunksinya dalam saman fitnah terhadap mantan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menghalang daripada mengeluarkan dakwaan terhadap Presiden UMNO itu.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Zahid tersebut dan memutuskan isu-isu yang dalam saman fitnah dikemukakan sewajarnya ditangani dalam perbicaraan penuh saman sivil tersebut.

Hakim Datuk Rohana Ali Yusoff membuat keputusan menolak permohonan injunksi interim bekas Timbalan Perdana Menteri itu semasa prosiding yang berlangsung hari ini, menurut laporan Bernama.

Mahkamah menetapkan pengurusan kes melalui dalam talian pada 3 Okt untuk kedua-dua pihak membuat persediaan untuk perbicaraan.

“Selepas mendengar hujahan daripada kedua-dua peguam bela, mahkamah menolak permohonan itu dengan alasan isu yang dibangkitkan adalah lebih baik diselesaikan dan diputuskan semasa perbicaraan.

“Isu yang dibangkitkan oleh pihak-pihak bertelagah adalah seperti berikut, sama ada kenyataan defendan berunsur fitnah atau tidak; sama ada terdapat kebenaran dalam pembelaan defendan tentang justifikasi dalam menyokong kenyataan fitnah; sama ada kenyataan defendan adalah komen yang adil; dan sama ada defendan boleh bergantung pada pembelaan keistimewaan yang layak.

“Mahkamah menganugerahkan kos RM5,000 untuk permohonan itu. Kes itu kini akan dibicarakan,” kata peguam itu dipetik laporan.

Zahid menerusi saman yang difailkan pada 4 April lepas, memohon perintah injunksi secara ex-parte (sebelah pihak) supaya Muhyiddin atau wakilnya menarik balik kenyataan fitnah tersebut atau kenyataan fitnah serupa terhadapnya.

Plaintif juga memohon perintah injunksi sementara untuk menghalang defendan, pegawai dan pembantunya serta ejen dan wakilnya daripada mengeluarkan, menerbitkan, mengedarkan atau menyebarkan kenyataan fitnah berkenaan atau kenyataan fitnah serupa di mana-mana wadah media sosial termasuk Facebook, Instagram, Twitter dan WhatsApp.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok