Jangkitan HFMD di Johor meningkat sebanyak 5,234 kes

June 6, 2022 · Isu semasa

Sebanyak 5,234 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) direkodkan di Johor setakat 4 Jun lepas, meningkat 50 kali ganda daripada 104 kes yang dicatat dalam tempoh sama, tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri Ling Tian Soon berkata daripada jumlah itu, sebanyak 4,594 kes melibatkan kanak-kanak berumur sehingga enam tahun, manakala tujuh hingga 12 tahun adalah 564 kes dan selebihnya merupakan mereka yang berumur lebih 13 tahun, lapor Bernama.

“Sebanyak 41 wabak HFMD dikesan di taska, diikuti rumah persendirian (18), tabika (13), tadika (lapan), prasekolah (tujuh), sekolah rendah (tiga), pusat jagaan harian (dua) dan lain-lain (tiga),” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata sebanyak 25 wabak aktif HFMD dilaporkan dengan Johor Bahru merupakan daerah tertinggi iaitu 11 wabak, diikuti Kluang (tujuh), Kota Tinggi (lima), manakala Muar dan Tangkak masing-masing satu wabak.

Justeru itu Ling menyeru rakyat di Johor supaya sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan yang diperlukan bagi mencegah penyakit itu.

“Dalam masa cuti sekolah ini, ibu bapa sila menggunakan peluang ini bagi mendidik anak-anak anda supaya memberi lebih perhatian terhadap kebersihan kendiri dan persekitaran.

“Bagi pengusaha institusi pendidikan pula, mereka disarankan agar membuat kerja-kerja sanitasi dan pembersihan di kawasan premis,” katanya.

Berita berkaitan
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Dadah bernilai RM5.43 juta dilupus Polis Johor
November 27, 2023· Isu semasa
Sultan Ibrahim utamakan 33 juta rakyat Malaysia, bukan wakil rakyat
November 22, 2023· Isu semasa
Paras sungai di Johor dan Terengganu lepas tahap bahaya
November 21, 2023· Isu semasa
Popular
Semua pihak perlu peka isu buli
November 6, 2021
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Isu tukar agama bawah kuasa Mahkamah Syariah, bukan sivil
July 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok