Pekerja kontrak ke tali gantung selepas didapati bersalah edar dadah

June 1, 2022 · Isu semasa

Seorang pekerja kontrak dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Muar hari ini selepas didapati bersalah mengedar 183.14 gram dadah jenis methamphetamine, empat tahun lepas.

Hakim Datuk Abu Bakar Katar menjatuhkan hukuman itu ke atas Loo Yong Heng, 44, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan, lapor Bernama.

Mengikut pertuduhan, Loo didakwa mengedar dadah itu di sebuah rumah di Jalan Bukit Kontang, Tangkak, pada 10.30 pagi, 13 Feb 2018 mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama, yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Tertuduh turut didapati bersalah bagi lima pertuduhan memiliki pelbagai jenis dadah berbahaya di lokasi, masa dan tarikh yang sama mengikut Seksyen 12(2) ADB 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta sama yang jika disabitkan kesalahan boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.

Bagi lima kesalahan itu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan hukuman berjalan serentak dari tarikh jatuh hukum.

Sepuluh saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan iaitu tertuduh memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang berlangsung sejak 2018.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Azfar Mahmod manakala Loo diwakili peguam Lim Chon Sin.

Berita berkaitan
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
December 4, 2023· Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Pekerja kontraktor Petronas raih sumbangan RM91,000 direman
September 5, 2021
Langkah kawal emosi – redha, maaf dan syukur
September 26, 2021
Selepas Najib, bayaran penasihat pentadbiran Ismail Sabri kedua tertinggi
December 13, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok