Pemilihan PKR di Bayan Baru kecoh, penyokong calon berebut pengundi

May 16, 2022 · Politik

Kekecohan tercetus di Pusat Pengundian Cabang Bayan Baru susulan provokasi dan pergaduhan antara penyokong calon Ketua Cabang yang bertanding.

Dalam satu rakaman video tular, beberapa individu ahli PKR di Pusat Konvensyen Setia SPICE dilihat berperang mulut dan berlaku sedikit pergelutan sesama mereka dipercayai tidak berpuas hati dengan proses pengundian yang berlangsung.

Difahamkan, punca kekecohan itu berlaku apabila perayu didakwa tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan yang mana mereka tidak boleh berada kurang daripada 200 meter dari pusat pengundian.

Kekecohan itu dipercayai berlaku antara penyokong dua calon bagi ketua cabang iaitu Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin dan juga Exco Perdagangan, Industri dan Pembangunan Usahawan, Datuk Abdul Halim Hussain.

Selain itu, difahamkan petugas di pusat pengundian itu juga didakwa terdiri daripada penyokong kepada salah seorang calon tersebut menyebabkan berlaku ketidakadilan ketika proses merayu undi.

Dalam pada itu, Abdul Halim ketika dihubungi berkata, insiden itu berpunca daripada provokasi antara perayu undi namun tiada sebarang kekecohan melampau yang berlaku ketika itu.

“Ia berlaku sebab perayu undi berebut pengundi, ia perkara biasa dalam sebarang proses pengundian.

“Tidak ada sebarang pergaduhan fizikal berlaku dan ia dileraikan dengan baik,” katanya dipetik laporan Sinar Harian.

Sebanyak 13 cabang yang mengadakan sesi pemilihan secara fizikal itu adalah Balik Pulau, Kepala Batas, Tasek Gelugor, Bagan, Permatang Pauh, Bukit Mertajam, Batu Kawan, Nibong Tebal, Bukit Bendera, Tanjong, Jelutong, Bukit Gelugor dan Bayan Baru.

PKR mengadakan pemilihan 2022 untuk memilih barisan kepimpinan baharu sebagai persediaan parti komponen Pakatan Harapan itu menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang dijangka diadakan tahun hadapan.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023· Isu semasa
Wahab dalam kemurungan belum boleh keterangan, kata peguam
November 27, 2023· Politik
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok