Semua negeri boleh rapat saf solat

April 1, 2022 · Isu semasa

Semua masjid dan surau di seluruh negara dibenar melaksanakan solat berjemaah dengan merapatkan saf, tanpa perlu melakukan penjaraka fizikal antara jemaah bermula hari ini.

Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan (KKM) menasihatkan jemaah supaya membawa dan menggunakan sejadah sendiri ketika mengerjakan solat di masjid dan surat.

“Bermula 1 April 2022, jemaah dibenarkan melaksanakan solat berjemaah dengan merapatkan saf tanpa perlu mengadakan penjarakan fizikal antara jemaah.

“Namun, adalah diingatkan bahawa jemaah disarankan untuk membawa dan menggunakan sejadah sendiri ketika mengerjakan solat di masjid dan surau.

“Langkah ini diambil bagi mengurangkan sebarang risiko kejangkitan Covid-19 dalam kalangan jemaah kerana sejadah yang tidak dibersihkan dengan sempurna kemungkinan boleh mengandungi kuman virus daripada individu yang telah menunaikan solat di tempat yang sama,” kata KKM dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, sembilan negeri, termasuk Wilayah Persekutuan, Terengganu, Sarawak, Perak, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah, Selangor dan Melaka, mengumumkan pelaksanaan solat tanpa penjarakan fizikal mulai 1 April.

Kerajaan Negeri Sembilan pula menetapkan penjarakan fizikal ketika solat berjemaah dan wirid di semua masjid dan surau mengikut aturan sejadah bersaiz besar iaitu 0.6 meter lebar x 1.2 meter panjang.

Johor membenarkan semua masjid dan surau merapatkan sejadah ketika pelaksanaan solat berjemaah tanpa bersentuhan antara jemaah, manakala turut mengambil langkah sama ialah Pahang, yang membenarkan kehadiran ke masjid dan surau kepada semua sama ada divaksin atau belum.

Perlis sudah membenarkan solat berjemaah dengan merapatkan saf sejak Januari lalu, sementara Sabah mengumumkan surau dan masjid boleh melaksanakan solat berjemaah dengan kapasiti penuh tanpa sentuhan fizikal berkuat kuasa hari ini.

Mulai hari ini negara memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik yang menyaksikan pelbagai kelonggaran diberikan semula, termasuk aktiviti solat jemaah di masjid serta surau atau upacara sembahyang di rumah ibadat selain Islam, boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal.

Mulai esok juga, premis perniagaan dibolehkan melaksanakan waktu operasi premis masing-masing mengikut syarat lesen operasi premis, apabila had waktu beroperasi bagi premis perniagaan dimansuhkan.

Bagaimanapun pemakaian pelitup muka di tempat-tempat awam masih diwajibkan.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Pekerja kontraktor Petronas raih sumbangan RM91,000 direman
September 5, 2021
Langkah kawal emosi – redha, maaf dan syukur
September 26, 2021
Selepas Najib, bayaran penasihat pentadbiran Ismail Sabri kedua tertinggi
December 13, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok