Polis siasat mural gadis bogel

April 20, 2021 · Isu semasa

Polis sudah membuka kertas siasatan berhubung lukisan mural tidak senonoh di dinding Balai Seni Sasaran Kuala Selangor yang tular di media sosial kerana memaparkan gambar tiga gadis berbogel.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ramli Kasa berkata, satu laporan polis telah dibuat oleh orang awam pada jam 10 malam semalam berhubung lukisan itu.

Katanya, siasatan awal mendapati projek seni lukis yang mendapat kelulusan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) pada 22 Mac lalu telah dimulakan oleh Persatuan Kesenian Sasaran Kuala Selangor pada 12 April.

“Bagaimanapun pihak MDKS tidak secara jelas diberitahu apakah bentuk atau jenis mural yang akan dilukis pada dinding tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ramli berkata, soal siasat terhadap pelukis itu menyatakan bahawa mural berkenaan belum siap sepenuhnya dan perlu dilukis mengikut lapisan demi lapisan, serta tidak bertujuan menghina mana-mana pihak.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat kepada harta benda dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana perbuatan berkongsi atau menyebarkan kandungan lucah.

Pegawai Majlis Daerah Kuala Selangor berbincang dengan pelukis mural gadis bogel di Balai Seni Sasaran Kuala Selangor, hari ini. – Gambar FB

Sementara itu, MDKS dalam kenyataan di laman Facebook, memaklumkan pihaknya menerima maklumat awal pada 7 malam bahawa lukisan terbabit masih 20 peratus dalam proses lakaran dan lukisan terbabit telah tular di media sosial.

Sehubungan itu, MDKS mengarahkan pelukis menyiapkan lukisan bahagian yang sensitif tersebut dengan kadar segera dalam tempoh tiga jam.

“Lukisan tersebut disiapkan pada 10 malam iaitu 40 peratus siap dan dijangka siap sepenuhnya pada atau sebelum 26 April ini,” kata kenyataan itu.

Berita berkaitan
Lelaki kaya warga emas cerai isteri 19 tahun selepas dua bulan kahwin
August 11, 2022· Dunia
Gadis Kedah boleh nikah bila umur 18 tahun, hukuman poligami naik
July 18, 2022· Isu semasa
Polis masih siasat punca sebenar kes bunuh isteri, bayi
July 5, 2022· Isu semasa
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
July 4, 2022· Isu semasa
Popular
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Sekatan perjalanan luar negara jika terdapat tunggakan cukai: LHDN
February 20, 2023
Media sosial dunia tanpa sempadan
June 28, 2023
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok