ADUN Kempas Setiausaha Politik MB Johor

March 27, 2022 · Politik

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas Datuk Ramlee Bohani dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkuat kuasa hari ini.

Ramlee mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Onn Hafiz di Pejabat Menteri Besar Johor di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, lapor Bernama.

“Syukur alhamdulillah. Tahniah YB (Yang Berhormat) Dato’ Ramlee Bohani yang juga merupakan ADUN Kempas. Beliau baru sahaja mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Johor, sebentar tadi.

“Selamat menjalankan tugas YB Dato’. Allah Peliharakan Sultan. Allah Berkati Johor,” kata Onn Hafiz menerusi hantaran dalam laman Facebook rasminya, hari ini.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor lepas, Ramlee daripada Barisan Nasional (BN), memenangi pertandingan tujuh penjuru menewaskan Napsiah Khamis @ Maharan daripada PKR, Nornekman Osman (Parti Pejuang Tanah Air), Nur Faizal Abdullah (Perikatan Nasional) dan tiga calon Bebas iaitu Mohd Azwan Abd Rahman, Mohd Suhimi A. Rahman dan Mohd Hambali Munadi dengan majoriti 3,514 undi.

Pada 16 Mac lepas, Onn Hafiz yang juga ADUN Machap secara rasmi memulakan tugasnya sebagai Menteri Besar Johor ke-19.

Semalam, 10 ADUN mengangkat sumpah jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor di hadapan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di Balai Menghadap, Istana Bukit Serene.

Pelantikan barisan Exco kerajaan negeri yang baharu adalah susulan kemenangan BN memperoleh majoriti lebih dua pertiga ketika PRN Johor pada 12 Mac lepas.

Berita berkaitan
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Dadah bernilai RM5.43 juta dilupus Polis Johor
November 27, 2023· Isu semasa
Sultan Ibrahim utamakan 33 juta rakyat Malaysia, bukan wakil rakyat
November 22, 2023· Isu semasa
Paras sungai di Johor dan Terengganu lepas tahap bahaya
November 21, 2023· Isu semasa
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Allah pilih saya urus situasi paling sukar rakyat, negara: Muhyiddin
October 31, 2022
Lapan ADUN UMNO Perak khianati Melayu, Islam demi diri, kuasa?
November 21, 2022
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok