Tiga mangsa tanah runtuh ditemui, dua maut, dua masih dicari

March 11, 2022 · Isu semasa

Dua lagi mangsa kejadian tanah runtuh di Jalan Teratai 1.2J Taman Mega Jaya di Ampang, Selangor, petang semalam yang dipercayai masih tertimbus belum dijumpai hingga lewat malam tadi.

Kedua-duanya dipercayai seorang penghuni sebuah rumah dan seorang pekerja syarikat Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) dikenali sebagai A Mahendran, 37, dipercayai masih tertimbus.

Sebelum itu, pasukan bomba dan penyelamat menjumpai tiga mangsa yang terperangkap setelah dua buah rumah tertimbus akibat tanah runtuh setelah hujan lebat kira-kira jam 6 petang semalam.

Pasukan pencari dan penyelamat dilapor menemukan mangsa pertama jam 6.54 petang semalam membabitkan lelaki warga emas yang hanya mengalami cedera ringan.

Mangsa kedua yang juga isteri kepada mangsa pertama pula dikeluarkan jam 9.10 malam. Bagaimanapun wanita warga emas itu disahkan sudah meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata mangsa ketiga seorang lelaki dibawa keluar jam 10.58 malam tadi.

“Mangsa ditemui pasukan penyelamat di kawasan luar rumah pertama yang musnah akibat tanah runtuh, dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya pada sidang akhbar di lokasi kejadian tengah malam tadi.

Dalam kejadian petang semalam, tanah runtuh menyebabkan 15 kediaman terjejas dengan dua daripadanya tertimbus sepenuhnya, selain menjejaskan 10 kenderaan.

Operasi mencari dan menyelamat membabitkan lebih 100 pegawai dan anggota JBPM Selangor, selain Polis Diraja Malaysia (PDRM), anggota Rela, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

“Kami turut menyarankan penduduk di kawasan berhampiran lokasi kejadian untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Taman Mega Jaya, demi keselamatan mereka,” katanya.

Berita berkaitan
Tanah runtuh di Puchong, penghuni tujuh buah rumah dikosongkan
December 16, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di tiga negeri sedikit menurun setakat malam ini
November 27, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Kelantan meningkat, Terengganu turun dan Selangor kekal
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Semua pihak perlu peka isu buli
November 6, 2021
Selepas Najib, bayaran penasihat pentadbiran Ismail Sabri kedua tertinggi
December 13, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok