Sekolah bukan tempat tanam perpecahan kaum: Halimah

April 19, 2021 · Isu semasa

Sekolah perlu menjadi institusi perpaduan dan bukan tempat untuk menanam perpecahan kaum dalam kalangan pelajar sehingga menimbulkan isu perkauman kelak, kata Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Menteri Perpaduan Negara itu menyifatkan isu melibatkan pengasingan aktiviti sukan mengikut kaum di sebuah sekolah menengah di Batu Pahat baru-baru ini sebagai tidak wajar berlaku dan sepatutnya pihak sekolah mengkaji terlebih dahulu sebelum membuat keputusan sedemikian.

“Pihak Kementerian Pendidikan juga sudah respons dan menyatakan kekesalan atas apa yang berlaku. Saya harap selepas ini pengurusan peringkat sekolah, guru besar, pengetua ambil berat perkara ini.

“Jangan kita mulakan bibit-bibit perpecahan yang kita sendiri tanamkan dalam kalangan pelajar sekolah bermula dari awal lagi dengan perkara-perkara tidak sepatutnya,” katanya dipetik Utusan Malaysia.

Jelasnya, sekolah sepatutnya dijadikan tempat permulaan untuk menyemai perpaduan dikalangan para pelajar dan perlu berterusan sehingga ke sekolah menengah.

“Sepatutnya kita semaikan nilai perpaduan dalam kalangan masyarakat dengan memulakan dari awal lagi melalui aspek pendidikan awal kanak-kanak, sekolah rendah sehingga ke sekolah menengah,” katanya.

Baru-baru ini, tular dalam media sosial sebuah sekolah mengeluarkan surat yang meletakkan syarat kaum bagi pendaftaran aktiviti kokurikulum pelajar Tingkatan 1 yang antaranya menyebut kelab bahasa Cina hanya terbuka untuk pelajar kaum Cina, bola sepak (Melayu), bola keranjang (Cina), ping pong (Cina), bola jaring (Melayu) dan sepak takraw (Melayu).

Pentadbiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Bentara Luar memohon maaf atas insiden terbabit menerusi Pengetuanya, Abdul Razak Hamid yang mengakui pihaknya terlepas pandang isu perkauman dalam maklumat pendaftaran dan penyertaan dalam aktiviti kokurikulum selain berjanji ia tidak akan berulang.

Berita berkaitan
Sambutan Thaipusam berjalan dengan pematuhan SOP baik
January 18, 2022· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Langkah kawal emosi – redha, maaf dan syukur
September 26, 2021
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok