Sambutan Thaipusam berjalan dengan pematuhan SOP baik

January 18, 2022 · Isu semasa

Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique berpuas hati dengan tahap pematuhan orang ramai terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) Thaipusam yang ditetapkan kerajaan tahun ini.

Halimah juga memuji usaha pihak pengurusan kuil termasuk Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves dan Pengerusinya Tan Sri R. Nadarajah serta sukarelawan kerana dapat mengawal keadaan di kawasan persekitaran kuil semasa sambutan, menurut laporan Bernama.

“Walaupun dalam keadaan SOP yang ketat, pihak pengurusan kuil berjaya menjaga keselamatan kesihatan penganut beragama Hindu yang menunaikan nazar bersempena sambutan hari Thaipusam,” katanya.

Beliau terdahulu meninjau suasana sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves hari ini.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada pasukan Polis Diraja Malaysia kerana dapat memastikan penganut beragama Hindu dapat melaksanakan ibadahnya dengan lancar.

Sementara itu, Menteri Sumber Manusia M. Saravanan berkata pihak Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves bakal membina sebuah dewan untuk manfaat masyarakat India di kawasan itu dan pembinaannya akan dilaksanakan tahun ini.

“Peranan saya dan Yang Berhormat (Halimah) adalah untuk mendapatkan dana yang secukupnya manakala bagi pengerusi kuil ini pula adalah mendapatkan kelulusan dengan kadar segera,” katanya.

Berita berkaitan
MB Selangor dikecam depan-depan penduduk isu masalah selenggara pangsapuri
August 6, 2023· Politik
Kerajaan PN Kedah lulus cuti peristiwa Thaipusam 5 Februari
January 24, 2023· Isu semasa
Berhenti hina Islam: Idris ulas rakyat asing berkumpul di Batu Caves
July 1, 2022· Isu semasa
Polis siasat video tular warga asing hina Nabi
June 15, 2022· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Rumah, kereta mewah bernilai RM1.6 juta disita SPRM
September 26, 2021
Hina Islam: Penghantar makanan masuk penjara, gagal bayar denda RM50,000
July 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok