Hasni umum cari tapak perumahan Felda walaupun banyak projek lama terbengkalai

March 4, 2022 · Isu semasa

Kerajaan Negeri Johor telah mengenal pasti tapak yang bersesuaian untuk membina kediaman bagi generasi kedua Felda, ia walaupun terdapat banyak projek perumahan yang sama sudah banyak terbengkalai.

Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad berkata ia akan dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor di lokasi yang mempunyai kemudahan infrastruktur lengkap dan membangun, ia susulan pendedahan oleh media kegagalan projek perumahan peneroka yang banyak terbengkalai.

“Generasi kedua Felda amat memerlukan perumahan dan antara impian Barisan Nasional (BN) adalah untuk menyediakan 3,200 lot tanah untuk mereka membina kediaman kerana Felda kedua terbesar di negara ialah di Johor.

“Saya telah kenal pasti tapak… kita tidak mahu membina perumahan di lokasi yang serba berkurangan, maka lot-lot ini disediakan beserta kemudahan infrastruktur yang perlu supaya memberi faedah kepada generasi kedua Felda,” katanya menurut laporan Bernama.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis sempena lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Residensi Larkin Indah di sini hari ini.

Hasni juga berkata pemaju yang tidak dapat melaksanakan projek perumahan rakyat dalam tempoh terdekat diminta menyerahkan semula tapak projek terbabit kepada kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor.

Beliau berkata ini bagi membolehkan perbadanan itu mengenal pasti pihak dan pemaju lain yang boleh meneruskan pembangunan projek perumahan tersebut dengan segera untuk memenuhi permintaan rakyat.

“Kerajaan negeri bersedia melepaskan pemaju daripada obligasi mereka untuk membina perumahan rakyat… sebanyak 1,960 hektar telah dikenal pasti sebagai tapak projek perumahan rakyat yang belum dibangunkan yang kita akan beri tumpuan dan cari kaedah,” katanya.

Hasni berkata pembinaan semula perumahan rakyat boleh dilaksanakan kerana kebanyakan kawasan projek telah dibangunkan dan dikelilingi kemudahan infrastruktur asas yang baik.

Beliau berkata kerajaan negeri juga tidak mempunyai kesukaran untuk mengenal pasti pihak yang boleh membangunkan projek perumahan berharga di antara RM100,000 hingga RM300,000.

“Ini satu pendekatan yang kerajaan negeri akan beri keutamaan selepas mendapat mandat baharu daripada rakyat. Kita akan laksanakan perkara ini dan bukan hanya untuk banyakkan rumah transit, sewa untuk beli dan sewa bagi memenuhi permintaan keluarga baharu malah untuk mereka memiliki rumah yang berkualiti,” katanya.

Berita berkaitan
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Dadah bernilai RM5.43 juta dilupus Polis Johor
November 27, 2023· Isu semasa
Sultan Ibrahim utamakan 33 juta rakyat Malaysia, bukan wakil rakyat
November 22, 2023· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Kos tunai haji 2023 naik RM31,000
January 16, 2023
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok