Seorang pekerja asing di Singapura yang telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 disahkan dijangkiti virus itu, semalam.
Kementerian Kesihatan Singapura berkata, pesakit berusia 23 tahun ini adalah rakyat India yang bekerja dalam industri marin, tinggal di asrama di selatan negara itu.
Pekerja terbabit tidak menunjukkan simptom, kemungkinan disebabkan dia menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 pada 25 Januari dan 17 Januari lalu, kata kementerian itu.
Dia dapati positif selepas menjalani ujian serum darah kerana kemampuan menghasilkan antibodi.
“Kes ini menjadi peringatan bahawa kemungkinan penerima vaksin boleh dijangkiti Covid-19.
“Tetapi vaksin itu berkesan untuk menghalang virus daripada menjangkiti mereka yang telah divaksin,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.
Sementara itu, pihak berkuasa Jepun juga memaklumkan bahawa seorang kakitangan hospital yang menerima vaksin baru-baru ini disahkan positif Covid-19.
Pekerja sementara di hospital Ishikawa itu telah menerima doa dos suntikan vaksin Pfizer pada 13 Mac dan 14 April, dan tidak menunjukkan sebarang simptom, kata pihak berkuasa kesihatan Jepun.
Pekerja berkenaan menjalani ujian Covid-19 selepas bersentuhan dengan individu yang dijangkiti, tetapi bukan pesakit di hospital berkenaan. – Agensi