Khalid kahwin satu lagi? Kenapa isteri fail pembelaan permohonan poligami?

December 8, 2021 · Isu semasa

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad didakwa mahu menambah seorang lagi isteri, ia selepas laporan media berhubung permohonan pembelaan dan tuntutan balas oleh isteri pertamanya, Dr Zaitun Abu Bakar.

Isteri pemimpin Parti Amanah itu mendapat kebenaran Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini terhadap permohonan poligami suaminya, menurut laporan portal Sinar Harian.

Berikutan kebenaran itu, Mahkamah Tinggi Syariah menetapkan 20 Disember ini untuk sebutan semula kes termasuk kemungkinan memutuskan permohonan poligami sekiranya kedua-dua pihak mencapai persetujuan secara bersama.

Kebenaran itu diberikan Pendaftar Mahkamah, Norbyetty Mohd Nasir setelah dua peguam dilantik oleh pihak Zaitun, Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak dan Nurfarhana Abd Manaf membuat permohonan tersebut pada Rabu.

Kes tuntutan poligami membabitkan tokoh politik daripada blok pembangkang itu dan isterinya telah difailkan pada 25 November lalu manakala tarikh perkahwinan kali kedua yang dirancang Khalid didakwa akan berlangsung pada penghujung tahun ini.

Sementara itu, di luar mahkamah, Khalid dan isterinya kelihatan tenang dan berjalan seiringan menuju ke tempat meletak kenderaan di pekarangan Mahkamah Tinggi Syariah selepas Zaiton bertemu dengan peguamnya.

Berita berkaitan
Spekulasi rombakan Kabinet Anwar esok?
December 11, 2023· Politik
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
Jawatan Presiden PAS dan Timbalan berkemungkinan tiada pencabar: Sanusi
September 27, 2023· Politik
UMNO dan Amanah diperalatkan DAP untuk menentang PAS: Hadi
August 25, 2023· Politik
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Sekatan perjalanan luar negara jika terdapat tunggakan cukai: LHDN
February 20, 2023
Media sosial dunia tanpa sempadan
June 28, 2023
Pekerja kontraktor Petronas raih sumbangan RM91,000 direman
September 5, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok