Jumlah kes harian Covid-19 membimbangkan, pematuhan SOP merosot

April 12, 2021 · Isu semasa

Sasaran untuk menurunkan kes Covid-19 dalam negara kepada sekurang-kurangnya 500 kes pada Mei mungkin sukar dicapai dan Kementerian Kesihatan (KKM) menyifatkan ia berpunca daripada kemerosotan kepatuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) dikalangan orang ramai.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata kadar nilai kebolehjangkitan (Rt) negara ketika ini adalah 1.06 dan langkah-langkah yang lebih proaktif perlu dilaksanakan bagi mengelak berlaku ombak penularan baharu.

Jelasnya, KKM akan menumpukan langkah pencegahan dan kawalan pelaksanaan SOP yang lebih kemas di Sarawak, Pulau Pinang, Selangor dan Johor memandangkan kenaikan kes yang agak membimbangkan.

Sebelum ini, KKM mengunjurkan kes harian COVID-19 boleh menurun sehingga 500 pada Mei mengikut Rt kurang 1.0.

Malaysia mencatatkan jumlah kes positif COVID-19 harian sebanyak 1,739 kes semalam.

Mengenai situasi COVID-19 di Sarawak, Dr Adham berkata Rt di Sarawak ketika ini ialah 1.08 dan trend yang ditunjukkan membimbangkan.

Daripada 1,739 kes dicatatkan negara semalam, Sarawak melaporkan kes harian baharu sebanyak 443 kes.

Dr Adham berkata berdasarkan pemantauan dan analisis yang dijalankan bagi 2021, didapati trend COVID-19 di Sarawak semakin meningkat bermula pada 9 Januari lepas.

Menurutnya, sebanyak 39 kluster COVID-19 dikesan di Sarawak sejak awal tahun ini melibatkan komuniti berkaitan perhimpunan, aktiviti sosial dan juga rentas daerah.

Dr Adham berkata beliau dan beberapa pegawai kanan KKM akan ke Sarawak hari ini bagi membincangkan mengenai langkah segera yang perlu diambil, keperluan sumber bagi mengekang penularan jangkitan COVID-19, serta tindakan pencegahan dan kawalan bersama kerajaan Sarawak.

Keperluan sumber itu termasuklah sumber manusia, peralatan perubatan, peralatan perlindungan peribadi (PPE), logistik dan keperluan ujian makmal, katanya.

Beliau berkata mobilisasi dan peralatan serta kesiapsiagaan perlu diambil untuk menangani situasi tersebut di Sarawak termasuk penubuhan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di beberapa kawasan bandar.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Pekerja kontraktor Petronas raih sumbangan RM91,000 direman
September 5, 2021
Langkah kawal emosi – redha, maaf dan syukur
September 26, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok