Saman fitnah terhadap Puad diteruskan, mahkamah tolak permohonan hapus injunksi

November 26, 2021 · Isu semasa

Permohonan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi untuk menghapuskan injunksi dalam kes saman fitnah dihadapinya yang dikemukakan Tan Sri Muhyiddin Yassin ditolak mahkamah.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan menolak permohonan Puad untuk mengenepikan perintah larangan itu selepas tidak bersetuju dengan hujahan daripada pasukan peguam Puad.

Hakim Mohd Firuz Jaffril berkata keputusan menolak permohonan tersebut memandangkan defendan (Puad) tidak akan rugi sekiranya berjaya dalam perbicaraan fitnah tersebut, justeru permohonan tersebut ditolak.

“Justeru, defendan tidak kerugian semuanya kerana pada akhirnya mahkamah ini diberi kuasa untuk memberikan ganti rugi sekiranya defendan berjaya dalam perbicaraan.

“Akhir sekali, hantaran yang dipertikaikan sudah diturunkan. Dalam keadaan itu, saya tidak cenderung untuk membenarkan permohonan itu diketepikan,” kata Firuz sambil Mohd Puad melihat dari galeri awam.

Pada 1 Mac lalu, Muhyiddin ketika itu memegang jawatan Perdana Menterimemfailkan saman fitnah terhadap Mohd Puad berhubung hantaran terbabit.

Ahli Parlimen Pagoh itu juga memperoleh injunksi terhadap defendan pada hari yang sama, sementara menunggu pelupusan saman utama.

Beberapa hari kemudian, uad menurunkan hantaran berkenan sebagai mematuhi injunksi interim mahkamah yang diperoleh Muhyiddin berhubung saman yang sedang berjalan.

Kemudian pada 5 Mac pula, Puad memfailkan permohonan untuk mengetepikan injunksi itu.

Muhyiddin memohon perintah mahkamah supaya Puad menerbitkan permohonan maaf secara terbuka di Facebook rasminya dan bagi memastikan permohonan maaf itu disiarkan portal berita dan media sosial yang menyiarkan hantaran terbabit.

Dia juga menuntut kos dan sebarang pampasan lanjut yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Dalam pernyataan pembelaannya, Puad berhujah hantaran di Facebook itu itu tidak pernah merujuk kepada Muhyiddin, sama ada dalam kapasiti peribadi atau rasmi.

Sementara itu, Mahkamah Tinggi juga menetapkan 9 Dis ini untuk pengurusan kes saman tersebut.

Tuntutan itu dibuat susulan kenyataan Puad dalam laman Facebook beliau pada 9 Februari lepas yang bertajuk “Kuarantin Pun Ada Dua Darjat”.

Bersama tuntutan tersebut, Muhyiddin juga mengemukakan permohonan ex-parte untuk injunksi sementara bagi menghentikan Puad daripada memuat naik status di Facebook beliau yang didakwa memfitnah atau status yang hampir sama.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Popular
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Majlis Hari Raya dengan tarian separuh bogel, polis tahan instafamous
May 30, 2022
Hutang 1MDB dicipta era Najib yang sudah dibayar sebanyak RM43.8 bilion
March 14, 2023
Pfizer: Kaedah untuk remaja 12 tahun ke atas diputuskan minggu ini
June 21, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
31 minit lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
23 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok