RM3 bilion dijangka kutipan Cukai Makmur, kata MOF

November 2, 2021 · Isu semasa

Kerajaan menganggarkan memperoleh kutipan sekurang-kurangnya RM3 bilion melalui pelaksanaan Cukai Makmur yang diumumkan dalam Bajet 2022, kata Timbalan Menteri Kewangan II, Yamani Hafez Musa.

Beliau berkata Cukai Makmur dilaksanakan hasil cadangan banyak pihak yang mahukan syarikat yang tidak terkesan dengan pandemik Covid-19 mengambil bahagian dalam usaha memulihkan ekonomi negara.

“Biarpun secara amnya, kenaikan itu sebanyak sembilan peratus, ia adalah secara ‘one-off’ dan agak berpatutan memandangkan syarikat masih lagi memperoleh keuntungan yang tinggi dalam tempoh dua tahun sebelumnya.

“Ia dilaksanakan secara adil dan tidak menyasarkan kepada industri atau sektor tertentu sahaja,” katanya lapor Bernama pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) yang ingin tahu mengenai anggaran jumlah yang bakal diperoleh kerajaan melalui pelaksanaan Cukai Makmur.

Menerusi Cukai Makmur, syarikat dengan pendapatan bercukai sehingga RM100 juta pertama akan dikenakan cukai pendapatan pada kadar 24 peratus dan pendapatan bercukai selebihnya akan dikenakan cukai pada kadar 33 peratus bagi tahun taksiran 2022.

Dalam pada itu, Yamani berkata kerajaan belum melaksanakan Cukai Keuntungan Modal secara menyeluruh, termasuk mengenakan cukai ke atas keuntungan pasaran modal.

“Kerajaan juga tidak bercadang untuk memperkenalkan semula cukai harta pusaka atau cukai warisan sebagai langkah untuk menambah hasil negara,” katanya.

Berita berkaitan
Diskaun PTPTN dihentikan, Menteri KPT kata MOF yang tentukan
October 5, 2023· Isu semasa
Lagi lantikan politik, bekas setpol Azizah pula dilantik teraju syarikat milik MoF
June 27, 2023· Isu semasa
Harga petrol kekal paras lama
June 21, 2023· Isu semasa
Harga petrol dan diesel kekal, tak turun dan tak naik
June 7, 2023· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Pekerja kontraktor Petronas raih sumbangan RM91,000 direman
September 5, 2021
Langkah kawal emosi – redha, maaf dan syukur
September 26, 2021
Selepas Najib, bayaran penasihat pentadbiran Ismail Sabri kedua tertinggi
December 13, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok