SPRM minta Anwar beri kerjasama jika ada maklumat tentang Kertas Pandora

October 17, 2021 · Isu semasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia (SPRM) dan agensi lain bagi menyiasat pendedahan yang dibuat Kertas Pandora baru-baru ini.

Selain itu, suruhanjaya itu juga meminta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membangkitkan perkara itu ketika sidang Dewan Rakyat memberi kerjasama sekiranya mempunyai maklumat lanju berkaitan isu berkenaan.

“SPRM akan berkerjasama dengan Bank Negara Malaysia serta agensi siasatan lain bagi menyiasat isu pendedahan Kertas Pandora.

“Sehubungan itu, SPRM juga meminta beliau (Anwar) untuk memberi kerjasama sekiranya mempunyai maklumat lanjut tentang isu tersebut,” katanya SPRM dalam kenyataan media yang dikeluarkan malam tadi.

Kertas Pandora merujuk kepada sejumlah dokumen yang dibocorkan kepada Pusat Kewartawanan Penyiasatan Antarabangsa (ICIJ).

Maklumat itu berasal dari sejumlah syarikat yang membantu pelanggan menubuhkan atau menguruskan akaun luar pesisir dan syarikat di tempat perlindungan cukai.

Warga Malaysia yang dinamakan dalam pendedahan itu antaranya Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Ahli Parlimen (MP) Selayang William Leong dan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan bersikap terbuka untuk pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas individu yang terlibat, sekiranya terdapat bukti salah laku.

Isnin lalu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, Bank Negara bersedia bekerjasama dengan agensi penguat kuasa undang-undang untuk memantau dan menyiasat dokumen terkandung di dalam Kertas Pandora yang membabitkan individu di negara ini.

Berita berkaitan
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Johari Ghani dilantik Menteri Perladangan dan Komoditi
December 12, 2023· Isu semasa
Popular
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Isu tukar agama bawah kuasa Mahkamah Syariah, bukan sivil
July 12, 2022
Pemanis tiruan berbahaya?
October 25, 2021
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok