Seorang positif di KLIA, sekeluarga batal percutian ke Langkawi

September 16, 2021 · Isu semasa

Lapan penerbangan membawa 1,520 pelancong tempatan berlepas dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (klia2) ke Langkawi setelah pulau itu dibuka semula melalui projek rintis gelembung pelancongan domestik hari ini.

Empat daripada penerbangan itu membabitkan Malaysia Airlines (MAS), AirAsia (tiga), dan Malindo Air (satu).

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata semua penumpang mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, termasuk menjalani ujian pengesanan Covid-19.

Ketika tinjauannya di kedua-dua terminal itu, seorang penumpang disahkan positif Covid-19 dan tidak dibenar menaiki pesawat, manakala ahli keluarganya juga membatalkan perjalanan ke Langkawi kerana menjadi kontak rapat.

“Saya dapati ada penumpang telah membawa kit ujian kendiri untuk air liur dan ada pula yang membeli daripada kaunter jualan di KLIA dan klia2,” katanya dalam hantaran menerusi laman Facebook rasmi beliau hari ini.

“Beliau (penumpang) juga akur apabila tidak dibenarkan menaiki penerbangan demi keselamatan penumpang lain. Ahli keluarga penumpang yang disahkan positif melalui RTK Antigen juga tidak menaiki pesawat kerana mempunyai kontak rapat,” katanya.

Wee yang diiringi Pengurus Besar Operasi Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) Shahrunnizam Abd Jamil berkata beliau berpuas hati melihat proses ujian RTK Antigen itu yang berjalan lancar sambil dibantu para pegawai daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

Menurutnya ujian pengesanan Covid-19 itu dilaksanakan semata-mata mahu menjamin keselamatan semua pihak dan dalam masa sama memastikan projek rintis gelembung pelancongan domestik Langkawi berjalan baik.

Katanya pelancong asing dari Perancis dan Korea Selatan, didapati mereka gembira apabila sektor pelancongan domestik mula dibuka menerusi projek rintis berkenaan.

Beliau berkata pelancong juga menyambut baik usaha kerajaan menambahbaik SOP termasuk mengenakan syarat ujian pengesanan Covid-19 sebelum memulakan perjalanan demi kebaikan semua pihak.

Sementara itu, kira-kira 150 anggota polis ditempatkan di 22 lokasi tumpuan di pulau peranginan ini bagi memantau pematuhan SOP di kalangan pelancong, kata Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat.

Beliau berkata, lokasi terbabit adalah membabitkan di sembilan pusat beli-belah, 10 tempat rekreasi dan tiga pintu masuk utama ke pulau legenda itu.

Katanya, penempatan anggota polis terbabit adalah bagi melakukan pemantauan, memberi nasihat dan seterusnya melakukan penguatkuasaan ke atas pelancong.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Sekatan perjalanan luar negara jika terdapat tunggakan cukai: LHDN
February 20, 2023
Media sosial dunia tanpa sempadan
June 28, 2023
Pekerja kontraktor Petronas raih sumbangan RM91,000 direman
September 5, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok