Lepas menang lawan Covid-19 kita raya puas-puas

Kementerian Kesihatan Indonesia kata, jangan jadi macam India dan Malaysia. Kita mungkin tak ada 400,000 kes baru setiap hari macam India tapi berdasarkan peratusan populasi, kita dah hampir sama macam India.

Duduk rumah. Daftar vaksin.

Yang dah daftar atau dah dapat 1 vaksin, jangan daftar untuk vaksin lain lagi. Kita tak boleh pentingkan diri sendiri. Kita kena pastikan vaksin boleh sampai ke semua orang dengan kadar yang lebih cepat.

Ada yang tanya kalau vaksin betul-betul berkesan, kenapa setiap hari kes makin menaik? Sebab, peratusan vaksin kita masih rendah. Program vaksin kita masih tertumpu kepada golongan-golongan tertentu.

Program vaksin untuk orang awam masih perlahan atas sebab logistik, stok, orang tak nak daftar, dan ada yang tak nak datang appointment vaksin bila KKM dah panggil.

Sekarang ni, hanya Israel (lebih 60%) dan UK yang dah melebihi 50% populasi yang dah terima 1 dos vaksin.

Di Israel dah tak perlu pakai face mask. Di UK jumlah kes setiap hari jauh lebih sikit dari Malaysia. Ini bukti vaksin berjaya. Semua ada dalam berita.

Apa perlu kita buat? Cancel raya.

Duduk rumah. Daftar vaksin. Ambil vaksin.

Lepas kita semua menang kita boleh raya puas-puas. Ganti hutang raya yang dah bertahun kita simpan.

Wan Arief Imran