
Sumber – medium.com
Sumber – medium.com
ADVERTORIAL
Bagi mereka yang baru sahaja melangkah masuk ke dunia forex, mungkin sukar untuk memahamkan setiap aspek dagangan pertukaran asing semalaman. Cuma strategi dagangan sahaja sudah berbuku-buku informasinya.
Jadi bagaimana boleh anda hasilkan keuntungan daripada usaha dagangan anda walaupun masih “fresh” lagi dalam dunia pelaburan forex?
Di sinilah berfaedahnya kaedah dagangan algoritma. Apa sebenarnya strategi ini dan bagaimana boleh anda gunakannya pada platform dagangan seperti MT4 atau MT5?
Algoritma dagangan ini dalam bahasa mudah cumalah dagangan auto. Ini dibolehkan dengan bantuan program komputer binaan yang boleh mengenal pasti signal trading yang tepat dan menyempurnakan aktiviti jual-beli dengan sendirinya.
Mari lihat fitur MT4 yang akan membantu anda menguruskan sistem trading automatik terus dari paparan platform anda.
1. Expert Advisors
Sumber – bitrebels.com
Ciri “Expert Advisors” ini pada asasinya berpadanan dengan sistem robot forex. “Robot” yang dimaksudkan di sini adalah coretan skrip komputer yang dibina menggunakan MetaQuotes Language 4 (MQL4) yang berfungsi sebagai algoritma yang mampu mengimbas signal trading pada masa nyata dan menjalankan aktiviti jual-beli matawang dengan sendirinya.
Data yang sistem “Expert Advisors ini perlukan dari anda biasanya trading signal yang mahu anda sasarkan serta had modal yang dibenarkan untuk seharian dagangan. Anda juga boleh membina “Expert Advisor” anda sendiri, mengikut keperluan portfolio individu anda.
2. Custom Indicators
Sumber – metatrader-indicators.com
“Custom Indicators” sepertimana namanya adalah petunjuk dagangan yang dibina sendirinya oleh para pengguna sistem MetaTrader4. Petunjuk ini boleh dibina melalui ciri MetaEditor yang juga menggunakan sistem MQL4.
Anda boleh memilih ciri-ciri dan signal yang perlu diimbas dan dikenalpasti oleh petunjuk dagangan baru anda ini. Selain dari itu, anda boleh sahaja mencerminpakai tetapan pada petunjuk dagangan sedia ada MT4 dan melakukan beberapa perubahan yang menjadikan petunjuk tersebut lebih serasi dengan cara dan corak dagangan aset forex anda.
3. Custom Scripts
Sumber – medium.com
Skrip komputer khusus, atau “Custom Scripts” adalah lagi algoritma dagangan yang dihasilkan oleh para pedagang yang jauh pengalaman mereka dengan selok-belok dagangan forex. Bagi jenis automasi ini pula, skrip komputer yang dihasilkan hanya mampu melengkapkan satu aksi sahaja pada satu-satu masa.
Fungsi “Custom Scripts” ini sangat membantu jika anda mahukan automasi dari segi perlakuan yang anda lakukan berkali-kali pada platform MT4. Dengan fitur ini anda boleh menjimatkan masa dan mengautomasikan aksi operasi dagangan anda dengan satu klik sahaja.
Sepertimana algoritma dagangan yang lainnya, ini juga boleh dibina sendiri menerusi ciri MetaEditor. Anda cuma perlu memasangkannya pada mana-mana platform MetaTrader dan ianya sedia digunakan.
Skrip ini boleh dianggap sebagai mod kepada platform MT4 dan bertujuan memudahkan proses dagangan forex anda sehari-harian.
Bonus : Dari mana boleh saya dapatkan aset skrip dagangan auto?
Sumber – codewebmaster.com
Cara yang terbaik untuk mendapatkan aset skrip dagangan algoritma seperti yang sudah kita lihat di atas adalah membinanya dengan sendiri menggunakan ciri sedia ada platform MetaTrader, iaitu MetaEditor.
Dengan penggunaan bahasa pengaturcaraan komputer MQL4 dan sistem binaan IDE yang mudah difahami, anda boleh membina skrip, robot forex, dan pelbagai petunjuk dagangan yang boleh membantu anda.
Jika anda belum boleh membina aset dagangan auto sendiri, anda boleh sahaja memuat turun beberapa skrip yang serasi dengan corak dagangan anda dari Code Base.
Anda juga boleh memilih dari pelbagai alternatif robot forex, petunjuk khas, dan skrip dagangan yang serasi dengan MT4 atau platform MetaTrader lain terus dari pelbagai pasar skrip MQL.
Bijak uruskan strategi dengan algoritma dagangan MT4!
Proses dagangan forex anda tidak perlu lebih rumit. Cari tahu apa sasaran dagangan anda dan gunakan sistem algoritma dagangan yang berpadanan untuk membantu anda mencapai matlamat akhir anda itu.
Dan walaupun anda tidak mempunyai kemahiran pengaturcaraan komputer, anda masih lagi boleh mendapatkan kod-kod dan skrip dagangan forex yang mantap dari laman-laman perkongsian antarabaya di Internet. Selamat berdagang!
Berita tepat dan menyeluruh.