WHO lulus vaksin Covid-19 China – Sinopharm

May 8, 2021 · Dunia

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meluluskan penggunaan vaksin Covid-19 buatan China, Sinopharm sekali gus memberi kemungkinan vaksin itu dimasukkan ke dalam program COVAX yang disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Keputusan oleh kumpulan penasihat teknikal WHO itu menandakan vaksin China yang pertama diterima dan akan diedarkan menerusi Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan pejabat wilayah WHO.

Selain menunjukkan angka keberkesanan yang tinggi, pengeluar vaksin itu hanya memberi sedikit sahaja data berkaitan dua vaksin yang dibangunkan Institut Produk Biologi Beijing dan Institut Produk Biologi Wuhan.

“Hari ini, WHO memberikan senarai penggunaan kecemasan untuk vaksin Covid-19 Beijing, menjadikannya vaksin keenam yang menerima pengesahan WHO untuk keselamatan, keberkesanan dan kualiti,” kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhahom Ghebreyesus.

Sinopharm akan menyertai Pfizer-BioNTech, Johnson & Johnson, Moderna, AstraZeneca dan versi AstraZeneca yang dikeluarkan oleh Institut Serum India, dalam menerima kebenaran daripada badan kesihatan PBB.

“Ini menambah senarai vaksin COVAX yang boleh dibeli dan memberi keyakinan kepada pengawal perubatan mana-mana negara untuk mempercepat kelulusan serta mengimport dan menggunakan vaksin itu,” kata Tedros pada sidang media di Geneva.

Sebelum ini, sekumpulan pakar menasihati WHO bahawa vaksin Sinopharm diyakini mempu melindungi individu berumur antara 18 dan 59 tahun.

Bagaimanapun, kumpulan itu mempunyai ‘keyakinan yang sangat rendah” mengenai kesan sampingan yang serius kepada kumpulan usia tersebut selepas melihat data vaksin berkenaan.

Sinopharm belum menerbitkan hasil ujian peringkat akhir dalam jurnal saintifik menyebabkan WHO meminta perincian kebanyakannya datanya dari Emiriah Arab Bersatu.

Ringkasan yang disiarkan dalam laman WHO mencadangkan vaksin itu mempunyai tahap keberkesanan mencegah Covid-19 sebanyak 78 peratus dengan peringatan bahawa beberapa ratus kajian hanya dibuat kepada individu di bawah 60 tahun. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok