Russia persiap 175,000 tentera untuk serang Ukraine: Washington Post

December 4, 2021 · Dunia

Russia merancang untuk melakukan serangan terhadap Ukraine seawal tahun depan, menurut laporan, ketika Ukraine berkata Moscow telah mengerahkan lebih 90,000 tentera di sempadannya.

Kempen yang dirancang itu boleh menjadi serangan barisan hadapan yang pelbagai dan melibatkan seramai 175,000 tentera, lapor Washington Post yang memetik sumber pegawai tentera Amerika Syarikat (AS) dan dokumen perisikan.

“Perancangan itu melibatkan pergerakan meluas 100 batalion taktikal dengan anggaran 175,000 kakitangan, bersama-sama dengan perisai, artileri dan peralatan berat yang lain,” kata seorang pegawai.

Dokumen perisikan yang diperoleh menunjukkan Russia mengumpul pasukan tenteranya di empat lokasi. Moscow telah mengerahkan 50 kumpulan taktikal medan perang serta kereta kebal dan meriam, menurut dokumen dan gambar satelit yang tidak diklasifikasikan.

CNN pula melaporkan Russia turut menempatkan unit perubatan dan bekalan minyak yang mencukupi kepada tenteranya di barisan hadapan di sempadan Ukraine.

Awal hari ini, Menteri Pertahanan Ukraine, Oleksiy Reznikov berkata hampir 94,000 askar Russia kini ditempatkan di sempadan dengan Ukraine sambil memberi amaran Russia akan melancarkan serangan besar-besaran pada Januari tahun depan.

AS turut memberi amaran kepada Russia terhadap sebarang tindakan ketenteraan ke atas Ukraine dan menggesa Moscow memenuhi komitment di bawah Perjanjian Minsk.

Presiden Joe Biden pula berkata beliau bekerja keras menyediakan satu set initiatif bagi memastikan Russia berdepan kesukaran kemungkinan melakukan serangan ke atas Ukraine.

Biden berkata beliau sentiasa berhubung dengan sekutu AS di Eropah melalui Setiausaha Negara Antony Blinken dan Penasihat Keselamatan Jake Sullivan.

“Apa yang saya lakukan ialah menyusun apa yang saya percaya akan menjadi set inisiatif yang paling komprehensif dan bermakna untuk menjadikannya sangat, sangat sukar bagi Vladimir Putin untuk meneruskan dan melakukan apa yang orang bimbang dia mungkin lakukan. Itu sedang dimainkan sekarang,” katanya. – Agensi

Berita berkaitan
Ringgit menyusut dibuka paras RM4.70 berbanding dolar
January 17, 2024· Isu semasa
Pesara tentera lesap RM125,000 ditipu ‘phone scam’
December 5, 2023· Isu semasa
Program PLKN dihidupkan semula, kata Menteri Pertahanan
October 9, 2023· Isu semasa
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
September 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok